Pages

Thursday, August 19, 2010

Hadiah Ramadhan



Bertuah punya badan.. hari tu aku dapat hadiah berupa percutian ke kampung halaman selama 4 hari 3 malam beserta pakej bersahur dan berbuka puasa secara percuma.. yang paling best puan mak yang masak.. yeay! tak sangka pulak dapat hadiah best time puasa ni.. xie xie to puan makcik kerana sudi ajak aku balik kampung Jumaat lepas..


- ni la kereta yang aku drive bawak balik kampung -



Sebenarnya aku dijemput untuk jadi driver part time memandangkan encik pakcik tak dapat nak drive sensorang untuk balik kampung.. bila dah tua, nak bawak kereta 7 jam terus-menerus pun dah tak larat..nasib baik tak suruh pikul kereta tu.. boleh patah tulang belikat aku.. bagi orang muda lagi gagah macam aku ni, takat drive kereta 7 jam balik kampung apa ada hal.. pejam mata sebelah sambil bersiul pun boleh drive..


Bertolak lebih kurang pukul 1 petang sampai kat kampung atok dalam pukul 7.30 lebih kurang.. sama dengan 6 jam 30 minit perjalanan.. maksudnya aku bawak kereta tak da la macam siput khinzir.. kurang dari 7 jam.. tu pun sebab ‘baby on board’.. kalau tak, lagi berdesup aku bawak.. confirm kalah si adnan sempit tu racing dengan aku.haha..



Yang best balik kampung ni aku sempat masuk bukit cari buah dokong, adik beradik buah langsat ngan duku..sekarang masih lagi musim buah walaupun mood bulan puasa..lepas naik je mentari pagi aku pakcik ngan nenek dengan gaya ala-ala komando gitu masuk meredah dalam bukit.. belum sempat aku panjat pokok, dah dua tiga ekor pacat dok comolot kat kaki.. patot la aku rasa stim semacam je.. tengah puasa macam ni, boleh lak menatang ni dok bukak puasa kat kaki aku.. boleh mati kering kalau berdozen-dozen pacat dok kekah darah aku sekali gus..


- pokok setinggi 200KG -


Apa kejadahnya ambik gambar atas pokok.. dah rasa macam beruk mike pulak.. ke nampak hensem macam encik tarzan?wakaka.. Agak dah penuh sebakul besar aku isi dengan buah dokong, aku sempat pergi usha pokok buah lain.. rambutan, durian, jambu, petai dok fiwiiiit aku suh petik.. malas nak layan sebab bakul dah penuh..


Petang tu aku gerak balik rumah jumpa puan mak & encik ayah pulak.. 45 minit ke utara jarak dari rumah atok.. boleh la aku berbuka puasa kat rumah pulak.. memang terbaek.. masa nak berbuka puasa semua kuih-muih peberet aku sudah terhidang kat atas meja.. kencang air liur aku meleleh keluar.. ni yang best bila balik rumah.. home sweet home bak kata Barack Obama..


Bila dapat balik berpuasa kat kampung, terubat jugak perasaan hiba masa dok bersahuk dan berbukak puasak sensorang kat shah alam.. bila masa berbuka dan bersahur mesti teringat kat puan emak.. rindu nak balik kampung lagi.. tenkiu makcik sebab kasi hadiah ni..


27 Mitos:

dunspeak♥ said...

nak buah dokong gak..dah lama tak makan..haishh..sodap tuu

Selipar Putus said...

x aci balek kg x bwk nenek skalik..dush3~ uits, ang cOver la ckeyt bulu ktiak tu haaa.. kurus n ramping puase i jd nye.. miahaha

akuMalasNakSignin said...

cet!comolot hamende kejadahnye dah klo duduk kat kaki!ang nih nak je aku siku barang sedas dua.hu3
ape beza langsat ngan duku?
mata kucing dgn longan aku dpt beza.





gadis kompius,
kuala gandah.

MHps said...

Hah! Dah keluar gambar dia lak? Femes la ang nanti ya!

Aliesya♥Amani said...

gua pon aritu balik kg mkn buah dokong gak....

babe!! lu nk angkat tgn tue tgk la kiri kanan dulu....napak hah bulu2 ketiak yg x sepatutnye..kehkeh..

wah!! lu dh tayang la muke lu...gua ngorat buleh????

nabilah_2908 said...

wah seronoknya...kuah fav tu kuah apa...?

Tapak Kaki said...

donspeak: jemput la datang ke kampung aku.. banyak lagi aku tinggalkan buah tu atas pokok..haha


nenek: bulu ketiak aku jugak yang ang nampak ek.. isk isk..


aleen: aku pun tak tahu apa bezanya.. pasal ni la aku dok berdebat ngan atok aku kat kampung.. last sekali dua-dua blur.haha..


Mhps: tu gambar nenek aku ar..


amani: ni lagi sorang.. bulu ketiak gua jugak yang dia skodeng..haha.

baik lu ngorat atok gua..dia takda bulu ketiak.wakaka..


nabilah: kueh onde-onde aka buah melaka & kepok gotte..hehe. best gile

Yuni Aisyah said...

bestnyer..nak itut...nak itu jugak..hahaha...

hiro said...

kacak sungguh bulu ketiak lu...hahahaa

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku nak jugak

kata kila said...

nak buah dokong tu sikit!

Tapak Kaki said...

yuni, hiro, brualsolo: nak amik sorang sebijik.. pergi main jauh-jauh..haha

kila: ang pun sama.. nak sebijik

lumut said...

mcmm smart jugak kete lu tu kan??

slagi berada ditnh air..berada dekat dgn org tersyg..serlahkan lah rasa ksh syg tu pada mereka sebelum terlmbt....

=)

oleen said...

Waa buah dokong..lame aku xtgk + xmkn..seingat aku tme sek men dlu2..haha..de x ko bwa blek shah alm..pe ag pos laa ke mlk..haha

sYaza said...

kah3..xleh blah..kete tayar separuh beb~kompem gerak sangkut2...adeh adeh...gilek gilek..ko asl x benteras pacat2 tu nak comolot puase puase ni ....x bgs tuh..hehehe..

adrinaqamarina said...

kampung kat area mne neh? huhu. pandu cermat jiwa selamat

s h e e said...

hehe...besh kan bile bersahur ngan berbuka dengan kuarga...sedih jew ble da blk umah sewa...kampung ang ktne tapak kaki?

nabilah_2908 said...

ingtkn org melaka jer yg suka kuih buah melaka..hehehe.. :P

p/s: erm...nk alamt boleh...nk hntr kd raya...itu pun kalau tk keberatan..

email me at : prettyblue_2908@yahoo.co.uk

jom ke APA KATA HATI pulak
APA CERITA HARI INI

sYaza said...

amek award kat blog kamek..ehhehe

h A n Y S said...

macho kete~
haha
;D

Tapak Kaki said...

lumut: ang nak ke kete macam aku tu? aku leh je bagi sebijik dua kalau ang nak..hehe..


oleen: wow! takan sampai macam tu punya lama ang tak tengok & tak makan buah tu.. buah durian ang tak nak suruh aku pos jugak ke?keh3..


syaza: kereta aku tu tak bergolek tapi meluncur.. sebab tu tayar dia macam tu..hehe.


adrinaqamarina & aishah: kampung aku belah timur.. kang aku bagitau susah payah lak ang pergi earth google..haha..


nabilah: yeay.. ada orang nak kasi kad raya.. thanks


syaza: award apa tu?


hanys: kereta tu macho sebijik macam tuan die..haha

Peminat Katie Holmes said...

weyh, kanmpung lu dekat mana?
gua pantang kalo dengar masuk-masuk hutan ni. haha.

Tapak Kaki said...

BF katie holmes: kampung aku kat labok.. ang penah dengar tak?

Shu Shinju said...

wa...sedapnya buah dukong..nak tanya ni.. masa panjat pokok tu ade x curi2 makan barang sebijik 2 ??? hehehe....

Tapak Kaki said...

shu: ada jugak termakan sejibik duak..hehe

Yatre Hayati said...

seronoknya balik kg !!!! huhuhu....abes a batal pose bila pacat comolt dengan awak...

Tapak Kaki said...

tak batal kot.hehe