Pages

Saturday, May 28, 2011

Kekasih Yang Lama Ditinggalkan



Sudah 6 bulan aku tinggalkan dia.. bukan kerana tak cinta tapi terpaksa.. kalau hukum rumah tangga, bini pun boleh minta cerai kalau 6 bulan kena tinggal, tergantung tak bertali.. nasib baik status hanya seorang kekasih.. oh My Lady, abang mintak maaf..


Minggu lepas aku berjaya ke Shah Alam dengan niat untuk membawa balik my lady dan segulung izajah.. kedua-dua misi aku berjaya termasuk satu misi extra special.. yeay! misi menghidupkan my lady aku setelkan sesudah convocation.. kenapa? sebab motor aku tu sudah 6 bulan terbiar tak diservis, distart dan dimotor-washkan.. faham-faham je la.. sah-sah my lady tu merajuk.. jadi, biar aku rilek-rilek berkonvo dulu, happy segala dulu sebelum aku pening kepala macam mana nak setelkan motor ni..aiiish!


Dipendekkan cerita sesudah hari berkonvo yang tak berapa nak bersejarah (sebab aku orang paling last masuk dalam dewan) aku pergi usha keadaan my lady yang dibuat khas dari kilang Boon Siew Honda.. first aku tengok seat motor dah kena berak dengan kucing.. nasib baik taik kucing.. kalau taik anjing tak pasal-pasal kena samak motor aku tu.. second, tayar depan pancit even tubeless.. tayar belakang tak pulak pancit.. third, motor comot dengan debu dan kotoran degil.. fourth, enjin tak leh nak start.. Grrrrrrrr!!!!


Aku memang dah agak motor ni akan meragam.. mana tak yer, dah 6 bulan dok terbiar depan rumah makcik aku tu.. berpanas, berhujan, berembun, bersalji, tak da siapa yang peduli.. setelah setengah jam cubaan hidupkan enjin dan kaki dah naik kejung, peluh pun dah satu baldi baru motor tu boleh start.. hidup jugak akhirnya.. alhamdulillah.. tapi tak setel lagi masalah motor ni.. enjin je baru setel, masalah tayar pancit ngan taik kucing tu belum lagi.. nak panggil tow truck datang ambik motor aku ni tak munasabah pulak.. jadi, aku tolak sendiri motor tu ke bengkel.. tak da la jauh sangat, cuma 1KM dari rumah makcik aku tu.. Fuuhhh!!


Lepas tayar aku kasi makan angin dan pomen kasi tukar rantai dan minyak hitam, motor aku dah boleh jalan..yes! cahaya rempit kembali bersinar.hehe.. sebelum tu, aku bawak motor tu pergi motor-wash.. takan nak merempit dengan taik kucing sekali kot..



-masih lagi pandai berposing-


Selang dua hari motor aku back to life, aku pergi nationwide untuk pos motor balik kampung.. sekarang ni aku kat kampung dok tunggu motor sampai.. ambik masa 2 minggu jugak akak nationwide tu bagitau..aisshh!!! takat ni saja cerita kekasih yang lama ditinggalkan dengan 2 misi yang terlaksana.. adios amigos..

10 Mitos:

shuhadah Zainol said...

sian yr lady tu....hihihi..

dah convo erk? tahniah...:)

Puteri Iqa Izyan said...

lelaki dengan bini nombor satu ni memang pantang kalau dipisahkan. ehek.

zuhanismohamed said...

csian my lady lama betul ditinggalkan..kirim salam dekat dia ok ! :p

nabilah_2908 said...

dah konvo dah..? tahniah..!! :)

bape kos pos motor ni..mahal tak..?

biasanya org dok sabah sarawak yg suka buat mcm ni..hehe.. ;)

Tapak Kaki said...

shu: aha..18h hari tu bergraduan.hehe. thanks..

iqa: even tak leh dipisahkan selalu berpisah jugak.. orang tua cakap sayangkan isteri tinggal-tingalkan.hehe


zuhanis: ok..nanti aku kirimkan :P


nabilah: thanks ya.. aku post pakai nationwide.. murah je kot RM106.. tambah helmet RM14.. kalau nak bawak sendiri motor dari shah alam ke kampung aku, makan sehari jugak kot.haha..baik pos je

Unknown said...

susah jugak nak bawak balik bini ni ye...

s h a said...

uit...tapak kaki da abes eyh...yeay!!!hehe...amboi2 my lady siap anta spa...my jiji i x anta spa pon...basuh kt umah je... :p

Tapak Kaki said...

diana: mencabar jugak nak bawak balik bini kat rumah ni..dia degil!


ecah: kalau boleh memang nak basuh kat rumah tapi susah.. maklum saja la.. dok kat flat..takan nak basuh pakai paip surau kot.hehe

Cik Ungu Kamila said...

nti kalo kekasih ang dah sampai kat kampung, sampaikan salam aku kat beliau eh. ekekeke :p

Tapak Kaki said...

macam mana ek nak sampaikan tu.. my lady is deaf..haha