Pages

Sunday, June 19, 2011

Ismail Clan: Nikmat Keluarga Bahagia

Sebelum ni agak kerap aku baca entri blogger pergi ke bulan bercuti, melancong, family day, yang semamangnya buat aku rasa jeles.. sudah lama family Ismail Clan tak buat hari keluarga since 2007 kalau tak silap aku.. alhamdulillah, masa balik kampung itu hari aku dengan selamba memaksa semua sedara mara aku yang balik cuti sekolah pergi buat family day dekat Sweet Beach Resort.. diorang semua setuju sebulat suara..yeay!



Semua orang happy masa family day tu.. Cuma mak aku je yang muram sikit sebab adik aku masih lagi kat jepun.. tak cukup ahli.. walau apa pun memang kami semua enjoy.. dapat berkumpul ramai-ramai macam ni memang seronok.. syukur pada Allah kerana kurniakan nikmat keluarga bahagia pada kami yang mungkin ada orang yang tak dapat merasa nikmat ni.. banyak kes cerai-berai, berebut harta, gaduh adik-beradik, terputus hubungan.. alhamdulillah keluarga kami tak macam tu..



Saudara-mara aku semuanya supportive.. suka menolong.. thank you Allah kerana bekalkan kami semangat kekeluargaan yang erat! Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin.
























Semua sepupu aku kecik-kecik lagi.. aku sorang je yang besar.. nampak macam aku ni bapak orang pulak.haha.. suka main dengan dorang ni semua..best jadi kanak-kanak!


























Lepas mandi kat kolam, dorang main pasir kat pantai pulak.. dorang tengah korek 'kubur' untuk aku tu.haha..



























Geng mak-mak dok bergosip..

11 Mitos:

Cik Ungu Kamila said...

disebabkan hang ada gaya bapak2, aku nak wish hepi father's day. wakaka ! XD

Unknown said...

tiada yang lebih gembira dari sepupu-sepupu sendiri korekkan kubur untuk kita.

-_-

nabilah_2908 said...

buat la aktiviti apa pun...kalau dgn family..msti seronok... ;)

Mun said...

waa..bestnyer... family aku pown dah lama xbuat family day camnie.. ni yg nak paksa dorang bercuti gak ni..haha

s h a said...

wahh...beshnye die berhari keluarga...alhamdulillah...untung tapak kaki ade family bahagia... :)

Cik SHiNJU said...

Syiok kan dpt wat family day camni..

Kazen ko kecik2 lagi yek...teruk la ko nak kasi duit raya kalau dh keje nt..

Hanys Najib said...

'suka main dengan dorang ni semua..best jadi kanak-kanak!'

BETOL! fun sangat! XD

Tapak Kaki said...

cik kamila: cet, siap wish hari bapak untuk aku tu..haha :P


ungu: betul tu.. tak kita kubur pasir atau kubur tanah, aku pasti gembira...


cik nabilah: akak ngan adik aku sorang tak dapat nak join.. rasa kekurangan di situ..


cik moon: jangan tak paksa ok.. paksa biar dapat.hehe



ecah: alhamdulillah.. nikmat Allah..


yun: aha..ang macam tahu je aku dok pikir time raya nanti.. bagi angpaw kosong la nanti.haha..


hanys: ang pernah main dengan sepupu aku ke?ahaks :p

NNAA said...

haha..korek kubur yee? bagus2 sungguh menginsafkan. :p

Cik SHiNJU said...

Masalah global tu senornye...
Aku dah start menabung ni..
Nak bg duit raya kat anak2 buah n anak sepupu...Mujur kazen aku dah besor2...huhuh

Hanys Najib said...

ha'ah..ari tu..depa tegor aku ajak main..pelik plak aku, depa kenai aku plak ea? femes kot aku ni.. HA HA HA~

maksud aku, main dengan budak2 lah yg sronok.. ;p