Pages

Friday, December 31, 2010

201+1=2011

Khatib berkata:

" Baru 3 minggu lepas kita menyambut tahun baru hijrah.. dan besok kita menyambut kedatangan tahun baru masihi.. untuk membuat azam baru, kita tidak perlu menunggu kedatangan tahun baru.. "


Aku mendengar bahawa:

" Cukup untuk kita sebagai umat Islam berpegang pada surah Al-Asr.. azam yang baik sepatutnya dilakukan tidak kira bila-bila masa.. "


Khatib berkata lagi:

" Kita sepatutnya menggunakan sepenuhnya 5 kesempatan yang ada sebelum ditimpa 5 kesempitan.."


Sebelum aku tertidur terdengar:

" Hidup sebelum Mati,
Sihat sebelum sakit,
Lapang sebelum Sibuk,
Kaya sebelum Miskin,
Muda sebelum Tua. "

Aku tak jadi nak tidur mendengar:

" As a modern civilization, bla bla bla... "



Sekali khatib sambung ayat mat saleh la pulak.hehe.. pertama kali aku dengar khatib selit ayat omputih.. ada dekat dua tiga perenggan jugak.. impressived! begitu bertimbangrasa.. maklum saja la dekat mukim aku memang ada ramai foreigner dari asia barat dan benua afrika.. boleh masing-masing faham isi kandungan khutbah jumaat tadi..


"Selamat Tahun Baru 2010"


p/s: atok aku cakap 1+1=11..bukan 2 ok!

Thursday, December 30, 2010

At Last


TAHNIAH MALAYSIA



*kali ni dia eja nama betol.hehe

Tuesday, December 28, 2010

Bangga Dowh...


Jangkaan aku meleset dari gunung everest ke gunung kinabalu.. dari seri menjadi menang.. predict 1-1.. sekali 3-0 daa.hehe.. bola sepak memang macam tu.. susah nak jangka.. bola itu spera bukan.. mungkin faktor keadaan di stadium bukit jalil malam kelmarin merubah segala jangkaan.. termasuk prediction aku jugak.haha.. bangga dengan semua jaringan gol ala-ala EPL gitu..


Apa yang paling aku banggakan bukan sekadar menang 3-1 dengan indonesia.. buat aku kembang hidong bercampur terkejut bila nampak nama team 'Malaysia' kat livescore.com.. first time aku tengok ada dalam website tu..haha


*nama ikot dan dia je..haha


Selalunya aku bukak website tu untuk check result EPL, La Liga & Series A.. sekali AFF Suzuki Cup punyer result pun ada dalam website tu.haha.. bangga seyh. entah bila la livescore tu nak cover liga super kita pulak ek.. berangan je la.. selagi tak da judi bola kat liga kita, confirm tak masuk punyer.hehe..


*nama player mat saleh betol pulak eja..

Sunday, December 26, 2010

sudah lama tak merepek..


Agak lama tak online apatah lagi nak menjenguk blog ni.. sekadar bukak facebook senafas dua pastu belah.. selalunya berpuluh riibu-riban saat jugak aku online.. lama bukan?hehe...

Aku rasa semua orang dah tahu yang malam ni final pertama Suzuki Cup berlangsung kat stadium bukit jalil.. kalau main home, mesti la nak menangkan.. harap team Malaysia leh score sebanyak mungkin untuk dapat kelebihan agregat bila main untuk final kedua kat indonesia nanti..

Malaysia lawan Indonesia?!!! agak rival jugak tu. semacam man united lwn chelsea.. mengikut firasat kepala lutut aku rasa keputusan malam ni seri.. kalau tak 1-1, mungkin 0-0.. tunggu dan lihat je la nanti malam yep.. Good Luck Malaysia!


p/s: football made nation unite.. jangan gaduh bertumbuk nanti ok.. peace no war!

Wednesday, December 15, 2010

Diet Terbantut


Pada suatu malam....


si anak: umi, orang tak nak makan malam ni..

si emak: laa.. kenapa?

si anak: lunch tadi dah makan nasi..cukup la sekali sehari..

si emak: umi ada buat lauk ayam bakar tu...

si anak: erk...meh sepinggan.



* macam mana aku nak diet ni.. asyik terlanjur je.. susah betol nak tolak masakan umi aku ni..betol-betol holiyao!

Alahai Manusia


Manusia ni memang suka complain kan.. sesama manusia dorang complain.. dengan Tuhan pun dorang nak complain.. complain sesama manusia mungkin niat untuk perbaiki keadaan, bergantung pada cara penyampaian.. complain dengan Tuhan pulak nampak macam manusia yang tidak bersyukur..


Sebelum ni negeri aku dilanda banjir.. biasa la kan, hujung tahun macam ni tak dapat lari dari musim tengkujuh..kalau nak lari jugak, boleh pergi ke asia barat..kat sana panas sepanjang tahun.. jangan disalahkan pembangunan yang tak sempurna isu banjir ni tak selesai.. memang dah lumrah alam.. malah kat australia yang kononnya maju pun terkena banjir jugak..


Sejak kebelakangan ni aku rasa dah masuk 6 hari negeri aku tak hujan.. dah tak banjir lagi dah.. hujan berganti dengan panas terik.. masa hujan tak henti-henti turun orang complain pasal; rumah tenggelam la, tak dapat jemur kain la, tak boleh keluar rumah la dan bermacam bla bla bla bla lagi.. dan sekarang hujan dah berhenti orang masih nak complain; panas terik la, cepat berpeluh la, mandi sampai dua tiga kali sehari la, tanaman berbantut la, ternakan banyak mati la dan bla bla bla bla.. terus bercomplain sana sini..


Rencana Tuhan tiada siapa yang tahu.. kita sebagai manusia kena la pandai bersyukur.. redha dengan kejadian Tuhan.. jangan suka sangat nak complain.. cukup takat complain kat call center celcom & astro sudah la.. dengan Tuhan tak yah nak banyak songeh complain sana sini..


p/s: aku pun manusia biasa yang kadang-kala banyak jugak complain..

Monday, December 13, 2010

Ugly


Blog ini bukan kena hack..
Blog ini bukan kena sumpah..
Cuma blog ini nak 'bertukar' tapi tak jadi..
Tuan blog tengah pening-pening kepala..
Nak kasi hensem ini blog..

Thursday, December 9, 2010

Treasure Hunt



Baru-baru ni aku, mak & ayah aku, adik-beradik aku, atok & nenek aku, pakcik & makcik aku dan sepupu-sepupu aku pergi mencari harta karun.. dari Kota Bharu ke Shah Alam ke Kuala Lumpur ke Bestari Jaya ke Melaka ke Seremban.. treasure hunting ni memakan masa selama 4 hari 4 malam..


Jenuh mencari tak jumpa-jumpa.. Kat shah alam tak da..kolompo tak da..bestari jaya tak da.. sama juga kat melaka pun tak da.. fuhh.. nasib baik di final destination kami jumpa kotak harta karun berisi emas tu.. alangkah bertuah.. aku kaya! kalau nak dikira nilai wang emas tu pakai sempuwa, ada dekat $1 juta US dollar jugak..


Aku rasa nak kongsi je wang emas ni.. sesiapa yang perlukan duit contact aku ok.. nanti aku kasi wang emas tu, korang tukar la kat money changer yang berdekatan ok..


$
$
$
$
$
$
$
$
$

harta karun tu ada kat bawah ni

$
$
$
$
$
$
$
$











Wednesday, December 8, 2010

Today


Today:

"sitting in an empty room trying to forget the past"