Pages

Wednesday, June 29, 2011

Monday, June 27, 2011

"Masuk Lubang Kubur"


Pejam celik dah nak masuk bulan 7.. kaki aku tak mau jugak nak sembuh.. mengalahkan orang tulang patah.. rasa tak sedap hati, aku pergi jumpa doktor kononnya pakar.. aku menunggu lebih kurang 3 jam setengah baru dapat jumpa doktor.. yang kesian, jumpa doktor tak sampai 10 minit pun.. cakap tak sampai 250 patah perkataan pun..



Aku nak quote sikit apa yang dia cakap tadi.. “nanti awak masuk dalam lubang kubur ok”..erk.. aku dah meremang bulu roma bila dia cakap macam tu.. rupa-rupanya yang dia maksudkan lubung kubur tu MRI Scan atau ada jugak orang panggil CT Scan..tak pernah pulak aku masuk dalam mesin MRI tu apatah lagi masuk kubur..terkena aku ngan doktor tadi.. ppfftt!



Bila doktor cakap kakikakankusakit ni kena buat MRI Scan, terasa macam kaki aku ni injury teruk sangat yang amat.. sampai tak leh nak bawak berunding ke rumah urut langsung..patutnya masuk bulan 7 ni aku dah boleh beraksi balik dalam kancah bola sepak.. tapi kalau macam ni gayanya, lambat lagi nak jadi Safee Sali..



Tadi lepas jumpa doktor, nurse ambik darah aku buat standby..Jadi sekarang ni aku tunggu hospital kasi tarikh untuk MRI Scan.. cuak-cuak ayam lak aku.. sape tak nervous nak “masuk lubang kubur” kan… dah la first time.hoho.. Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini..







Wednesday, June 22, 2011

Monday, June 20, 2011

Akhirnya


"Terkejut atau tidak, sudah tersirat dalam qada' dan qadar.. pelamin perkahwinan kau menjadikan kenangan lama seolah-olah palsu.. kau sudah menjadi milik orang lain.. akan aku lepaskan segala memori bersama."

Sunday, June 19, 2011

Ismail Clan: Nikmat Keluarga Bahagia

Sebelum ni agak kerap aku baca entri blogger pergi ke bulan bercuti, melancong, family day, yang semamangnya buat aku rasa jeles.. sudah lama family Ismail Clan tak buat hari keluarga since 2007 kalau tak silap aku.. alhamdulillah, masa balik kampung itu hari aku dengan selamba memaksa semua sedara mara aku yang balik cuti sekolah pergi buat family day dekat Sweet Beach Resort.. diorang semua setuju sebulat suara..yeay!



Semua orang happy masa family day tu.. Cuma mak aku je yang muram sikit sebab adik aku masih lagi kat jepun.. tak cukup ahli.. walau apa pun memang kami semua enjoy.. dapat berkumpul ramai-ramai macam ni memang seronok.. syukur pada Allah kerana kurniakan nikmat keluarga bahagia pada kami yang mungkin ada orang yang tak dapat merasa nikmat ni.. banyak kes cerai-berai, berebut harta, gaduh adik-beradik, terputus hubungan.. alhamdulillah keluarga kami tak macam tu..



Saudara-mara aku semuanya supportive.. suka menolong.. thank you Allah kerana bekalkan kami semangat kekeluargaan yang erat! Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin.
























Semua sepupu aku kecik-kecik lagi.. aku sorang je yang besar.. nampak macam aku ni bapak orang pulak.haha.. suka main dengan dorang ni semua..best jadi kanak-kanak!


























Lepas mandi kat kolam, dorang main pasir kat pantai pulak.. dorang tengah korek 'kubur' untuk aku tu.haha..



























Geng mak-mak dok bergosip..

Friday, June 17, 2011

Pesan Khatib

-khatib di suatu masjid-

Bersemangat betul khatib bagi khutbah tadi.. jarang sangat sekarang ni nak jumpa khatib bagi khutbah tanpa teks.. ramai yang membaca teks dari ‘berkhutbah’.. adakah pemberian teks dari jabatan agama negeri masing-masing adalah untuk selaraskan isi khutbah supaya khatib tak melencong ke berpolitik isu yang tak sepatutnya? Siapa yang berhak menentukan apa yang patut dan tak patut dalam membincangkan tentang agama?!


Saja je nak buat isu kat sini.hehe.. bukan ini motif utama.. sebenarnya aku menyahut kata-kata si khatib tadi.. “sampaikanlah walau satu kalimah”.. aku lebih bagus dari sepotong ayat.. jadi aku nak berkongsi sedikit isi khutbah tadi.. bukan sepotong tapi berpotong-potong..


-------------------------------------


Khatib menyeru umat Islam supaya lebih sensitif dan cintakan agama.. sejak kebelakangan ini makin ramai pihak yang menghina Islam secara terbuka.. di internet mahupun di media cetak.. tiada yang bangun untuk menentang pihakkurangajar ini.. ramai suka berdiam diri dari mengutuk tindakan biadap mereka..


Di internet pelbagai cara pihakkurangajar ini menghina Islam.. antaranya meng’edit’ (bak kata khatib) gambar ka’bah dan diletakkan gambar piglet dan perempuan bogel duduk di atas ka’bah.. melukis karikatur Nabi Muhammad yang menghinakan.. selaku seorang Islam apa yang korang rasa?!


---------------------------------------


Tetiba kejadian laman web kerajaan yang kena hack oleh Dragon Force tu terlintas dalam otak aku.. kalaulah geng Dragon Force tu ada yang Islam, dari dorang hacked website kerajaan lebih baik dorang hack website yang biadap menghina Islam.. kira jihad jugak tu.. ataupun takan tak da orang Islam jadi hackers otai kat dunia ni yang boleh buat sesuatu tentang kelakuan tu.. takan sorang pun tak da?! Kalau betul tak da aku rasa dah jadi hukum wajib belajar dan pandai pasal internet ni..


----------------------------------


Harap sesiapa yang baca entri ni dapat manafaatnya..ini sahaja aku nak berkongsi pasal khutbah tadi..salam jumaat..

Tuesday, June 14, 2011

5 Bulan Berlalu

Aku tak bisa kejar larian seorang budak berumur 4 tahun..korang tahu tak apa ertinya?! betapa pilu rasanya bila bekas jaguh spinter wakil rumah sukan kuning suatu ketika dahulu (kononnya) tak mampu nak menyaingi larian seorang budak yang masih minum susu botol.. terkesima! sedih! tension! kalau diajak sprint 50 meter dengan orang tua sekalipun aku akan tercicir jauh.. confirm!



-masa bergelar jaguh dahulu-

Sudah 5 bulan aku jadi OKU.. langsung tak dapat nak slow jogging atau fast walk sebelum ni.. apa-apa pun aku masih bersyukur masih boleh berjalan normal.. semalam aku ada jumpa doktor pakar mintak consultant dari dia.. menunggu 4 jam dan sesi consultation tu tak sampai 5 minit pun macam haram ..di hujung sesi tu aku sempat tanya "dah boleh exercise ke..?".. doktor jawab simple, "boleh"..


Jadi pagi tadi aku try pergi exercise kat port biasa.. buat exercise untuk rehab ankle sprains.. lite exercise puyer.. antaranya Achilles Traning, Toe Rises, Heel and Toe Walking dan Slow Jogging.. masa exercise tadi memang rasa sakit tapi ku tahan jebat.. mencucuk macam kaca dalam kaki ni.. untuk sembuh, aku gagahkan juga!


Hari ni baru first day exercise.. aku nak try sampai minggu kedua.. nak tengok progressionnya macam mana.. harap-harap makin pulih dan jadi normal balik..