Aku tengah risau memikirkan suatu kejadian ni.. tak pernah sangka pula menda ni boleh jadi padahal aku selalu nampak orang dok melintas jalan.. kadang-kadang aku rasa cara orang melintas jalan tu membahayakan diri sendiri dan orang lain..
Aku nak bercerita pasal melintas jalan.. humph, mengeluh sekejap! bab melintas jalan ni pun satu hal jugak.. menda simple tapi kalau tak kena gaya leh meragut nyawa.. walau bermacam cara orang melintas jalan namun semua orang tetap pakai kaki untuk melintas.. tak kisah la kita berlari atau berjalan..yang paling penting kita selamat ke seberang..
“Lihat kanan, lihat kiri dan kanan balik, tak da kenderaan baru melintas”.. ni petua nenek moyang untuk seberang jalan.. semua orang pun tahu kan.. tapi ada jugak yang main redah je melintas jalan.. memang tak sayang nyawa.. Selalu jugak aku tengok gelagat orang melintas jalan.. meh aku kongsi gelagat diorang yang tak patut korang tiru.. cekedis-out!
1- Orang melintas jalan secara ‘solo’.
Yang bergerak secara solo ni aku tengok tak da masalah sangat.. Cuma kekadang tu bila melintas dia sepantas siput vavi.. slow sangat.. kadang-kadang aku terpaksa tekan brek perlahankan kenderaan.. punyalah control masa lintas jalan.. ala-ala catwalk gitu.. kalau orang dah tua boleh jugak aku terima.. ni yang muda, sihat lagi perkasa melintas macam bersiar-siar kat shopping complex..aduhai!
2- Orang melintas jalan secara ‘duo’ atau ‘couple’.
aku tengok jenis yang macam ni selalu sangat berpimpin tangan lebih-lebih lagi pompuan.. yang bahayanya, bila tahap keserasian diorang tak sama.. sorang rasa line dah clear, sorang lagi rasa tak confiden pastu mula lah tarik-menarik.. sorang dah selamat ke seberang sana, yang sorang lagi dok was-was nak melintas ke tidak..kesian!
3- Orang melintas jalan secara ‘trio’ atau ‘team’.
Selalunya bila reramai mahu lintas jalan tak mendatangkan masalah sangat.. yang penting bila orang yang lead kat depan tu lintas, semua pakat-pakat lintas.. macam anak itik ikot mak dia berjalan petang.. Cuma bila dah ramai macam ni ada jugak yang dok mengacuh kereta, motor dan juga beskal.. saje nak buat orang sakit hati kena tunggu lama sampai diorang habis melintas.. ada yang tergedik-gedik nak lintas jalan lagi la aku meluat.. aarggh!
Macam-macam lagak orang melintas jalan ni.. tak larat aku nak tulis semua.. alamat habis dakwat la keyboard aku ni.haha.. jangan salahkan pemandu jika kita melintas jalan sambil lewa.. dalam sekelip mata kereta/motor/lori boleh langgar kita.. semua orang bawak nak laju je sekarang.. even beskal pun budak-budak buat merempit.. buat malu je kalau masuk hospital sebab kena langgar beskal.haha..
# Tips melintas jalan dari Tapak Kaki untuk pejalan kaki amatur (pejalan kaki professional tak perlu ikot tips ni ok):-
1- Kalau ada jejantas, gunakan walaupun tangganya tinggi bak KL Tower.
2- Cari Zebra Line untuk melintas.. kalau tak jumpa, jangan memandai buat line sendiri.
3- Join sekali budak-budak sekolah melintas jalan.. sebab mereka ada guard yang sekat jalan untuk diorang melintas..
4- Bila tengok kiri kanan line clear, pecut ke sebarang dengan sekuat-kuat hati macam Husin Bolt.. “biar cepat asal selamat”.
5- Bawa signboard ‘STOP’ ketika nak melintas.. lagi besar lagi bagus.
6- Lintas jalan biar sekali harung.. jangan buat pit-stop kat tengah-tengah jalan raya tu.
*tips ni tertakluk kepada keadaan lalu lintas semasa. Kalau kena langgar juga, aku tak jamin.. selamat melintas dengan selamat dan penuh rasa bahagia.. anda mampu mengubahnya! (^_^)
p/s: adik aku kena langgar motor masa nak lintas jalan kat sekolah petang tadi..syukur tak injured.
16 Mitos:
tips yg berguna... ;)
Syukur adik awak celamat.. ALHAMDULILLAH.. abang saya plak EKSIDEN... kena LANGGAR.. NENO NENO
sejak bile usain bolt masuk Islam?
hahaha..
hmm...sy pernh langgar org masa org tu lintas jalan...
mat bangla yg tgh lalok...habis pecah cermin depan ...yg best..bila kena langgar..dia boleh bgun balik..lintas jalan gak..ps tu trus msk ke dlm kwsn cnstrction..
tak tau la dia hidup lagi ke tak sekarg ni..huhuh...
jom ke APA KATA HATI pulak,
TERINGIN
Shu; selamat mencuba tips tu ok.hehe..
wina; cane abang ang kena langgr tu? ok x dia?
Muse; husin bolt yg aku cakap tu budak kat kampung sebelah aku laa..hahaha
Nabilah; harap2 mat bangla tu hidup sejahtera.. ganaz jugak ang bawak keta ek.haha
CMNE PERASAAN DILANGGOR EH...??
perasaan seperti ang dapat makan aiskrim di kala musim salji...haa.. lebih kurang macam tu la..
yeah...malang itu memang x berbau...jalan elok2 kt blog sy ye...jgn asek tersadong jew...
macam la awk penah nampak sy tersadong.haha
suka entry nie..menarik dan berguna..=)
yuni: suka ek..thanks (^^,)
haish..terasa pulak...
hahahahaha
ada yang terasa la pulak.wakaka..
ang ni dalam kategori pejalan kaki yang mana?
agaga...awk memang...selalu tersadong kt blog sy...
eyh2...awk...nape sy x pnah dapat nk pg kt shoutbox awk...adoila...kena ban kew?
mana ada kena ban la.. orang lain boleh je pkai pingbox tu.. ke awak pkai masa sy x available?
malang memang tak ada bau.....tp org berbau tu leh cari malang.....
Post a Comment