Pages

Sunday, May 30, 2010

Kisah di Suatu Pagi

Pukul 7 pagi aku sudah keluar rumah.. membelah kabus jalanan.. aku mahu ke taman.. mahu jogging.. kalau duduk kat rumah pun, confirm aku membuta sampai ke tengah hari.. ada baiknya aku pergi keluar beriadhah.. ada juga faedah untuk jantung, paru-paru, buah pinggang dan otot-otot aku ni..


Jogging tak da la lama sangat.. dalam 40 minit tu aku dapat pusing Taman Tengku Anis dalam 4 keliling.. berapa jaraknya, yang itu aku tak pasti..tak lama lepas tu bila lutut ni dah rasa goyang, aku tukar mode dari jogging kepada walking.. sambil-sambil tu dah boleh terus cooling-down..

Tahap flexibility aku memang failed.. badan keras macam tiang letrik.. jadi aku port baik punyer kat depan kolam untuk buat stretching ala-ala kucing menggeliat.. harap-harap badan aku boleh lentur macam atlit gimrama gitu.wakaka.. haram tak dapat.. =P


Kaki tangan aku sibuk dok stretch tapi mata lak seperti biasa dok melilau tengok orang lalu lalang especially amoi-amoi cun.haha.. nak usha awek tak da.. “mungkin diorang masih dok dalam selimut atas katil di rumah kot”, fikir aku sambil dok dengar lagu dalam sonywalkman.. tengah dahi berkerut dok buat sit and reach, datang sorang pakcik menyapa aku lantas menghulur salam..

Aku menyambut tanpa banyak songeh.. peramah la katakan.. tak elok kalau sombong-sombong nih.. orang tua dihormati yang muda disayangi, bak kata iklan dalam tv tu.. jika ditelek dari muka pakcik ni yang berbaju t-shirt berkolar kaler merah, berseluar track (bukan seluar yenki ok),dah la tak tuck-in, pakai pulak kasut jenama POWER, aku rasa umur dia lebih kurang bapak aku je.. tengok jam dah nak kul 9.. pakcik ni tak bekerja ke? Selidik punya selidik rupanya pakcik ni kerja kat Penang.. kat sini hari Ahad memang la dah kira weekday, tapi kat sana masih weekend.haha..

Kami bersembang sampai orang kat taman tu dah makin kurang.. tinggal dua tiga kepala je.. matahari pun dah nak mula pacak depan mata.. dah mula nak bahang.. dari bab belajar, bekerja sampai la pasal family kami bersembang.. dah bersembang dengan orang tua, aku banyak tadah telinga la dari bercakap.hehe.. namun aku tetap enjoy bercakap dengan pakcik tu.. =P

Dipendekkan cerita masa kami dah mula menapak nak balik, pakcik tu mintak nombor handphone aku.. “alamak, pakcik lupa bawak handphone. Tertinggal dalam keta.. misscall nombor pakcik boleh”.melawak pakcik tu.. errkk.aku pergi ambik handphone bawah seat motor terus call nombor dia.. tetiba ada soalan cepu mas keluar dari mulut dia.. “awak ni dah ada girlfriend belum?”.. aku dengan spontan dan cerdas menjawab, “mana ada pakcik.. sape la nak kat saya ni”.. jawapan pancing dari aku.haha..

Sebelum aku berjabat tangan menandakan mahu pulang, pakcik tu kasi aku business card dia dan terus ke kereta beliau.. terkezut berok aku tengok kad yang pakcik kasi.. rupanya pakcik tu seorang PENGARAH di satu jabatan kerajaan di Penang.. nah, ambik engko! Siapa sangka dari cara pakcik tu yang selamba badak, peramah, gaya lak macam orang pencen keje posman, tahu-tahu je dia seorang pengarah.. tabik aku!


* pakcik tu cakap nak buat aku jadi menantu dia..yahooo! (^_^)

17 Mitos:

mimi said...

thanks sudi singgh...

Tapak Kaki said...

thanks to you..

aleen adela akoo ^_* said...

hak2.ko pnah tgk glak khas x?sultan nak carik menantu,yakni laki kpd anak die.tetibe plak yg jd anak die 2,mak adlin aman ramli.kah3

Tapak Kaki said...

x penah lak tengok.. so x dapat la nak gelak sama ngan ko...

qyme.fuz said...

weh,
aku nak no pakcik tue jugak.

Tapak Kaki said...

kalo ko nak, kena ikot aku pegi jogging besok pagi.. mana tahu ada rezeki ko.haha

Yuni Aisyah said...

lamenya x g jogging..xtau la larat lg ato x...hehe..

wah bestnya kalo dpt jd menantu pakcik pengarah tu..dah sah kaya..kalo ank dia cun lg2 la bertuah..hikhik..

kalo dpt leh cuci mate tiap hari..;D

pape pon nice story to share..suke..=)

MissXYZ said...

slm knl...
teruskan menulis =)

Tapak Kaki said...

yuni: anak pakcik tu baru putus cinta... kesian kat dia..sob sob

MissXYZ: selamat berkenalan..

nabilah_2908 said...

hehehe...nk buat menantu...tu dh kire ok... ;)

Tapak Kaki said...

mau tak ok..haha.

Siti Shuhadah Zainol said...

pokcik nak buat tapak kaki jadi menantu... pokcik tu dah pikir 100kali ke? hehehe..gurau jer...

Tapak Kaki said...

macam ni la bila orang dah jeles... tiada lagi cintaku untuk mu..wakakaka =P

s h e e said...

ekeke...jd menantu pengarah jgn lupe ajak makan nasi minyak...hehe...

Tapak Kaki said...

toksah tunggu jadi menantu pengarah untuk makan nasi minyak.. sekarang jugak belanja kamu makan.hahaha

PRINCESS... said...

hahahah..menantu pilihan..

Tapak Kaki said...

ya ya ya.. macam ni la gaya menantu idaman.wakaka