Pages

Thursday, May 20, 2010

Layan World Cup Memang Best, Tapi Jangan Berjudi Pula

Bola sepak Piala Dunia memang menjadi kegilaan semua orang di dunia ni.. bak kata Nelson Mandela, "kalau ada sesuatu yang boleh menyatukan umat manusia di bumi ini, itu adalah bola sepak".. memang la Nelson Mandela tak pandai cakap melayu.. aku dah translate siap-siap untuk korang walaupun english aku failed..! =P

Di sebalik kemeriahan dan kehangatan mau sambut World Cup semacam mau sambut hari raya ni, timbul juga isu yang kurang enak.. kerajaan kita (kerajaan Nepal aku tak tahu la) ingin meluluskan lesen perjudian untuk Piala Dunia kali ini.. nampaknya jalan ke neraka ingin diturap.. senang sikit untuk orang tak kuat iman memandu 'straight to hell'..



Agak banyak aku membaca blog, artikel serta komen pasal isu ini.. kebanyakannya semua tak bersetuju dengan tindakan kerajaan kali ni.. aku tanpa taqlik buta turut tidak bersetuju dengan alasan-alasan kerajaan dan komen-komen orang yang menyokong dan buat-buat sokong tindakan kerajaan tu..

Tak cukup ke dengan kedai judi yang bersepah kat negara kita ni.. aduyai.. isu ni memang potong stim aku betul nak tengok bola secara aman.. tengok je bola sudah laa. nak berjudi buat apa.. ni dok kalut-kalut mahu luluskan judi bola buat apa.. kalau nak dikirakan aku ni memang fanatik gila dengan bola sepak, tapi tak da pula aku mintak buka judi untuk bola..

Perkara ni memang menjadi bahan panas perdebatan kat alam MATRIX.. kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal isu ni, klik pakai kuku je kat sini.. Settle! http://www.zaharuddin.net/content/view/931/72/

p/s: katakan TAK Nak pada JUDI!

3 Mitos:

shuhadah Zainol said...

ya...jgn sesekali berjudi....

shuhadah Zainol said...

i follow u beb...hehe..

Tapak Kaki said...

aku bukan ye ayah pin utk mencari pengikut.hahaha.. aniway thanks orang yg bergambar besar.hehe :P