Ada lagi sejam nak start broadcast Champions League antara Bayern Munich melawan Inter Milan.. agak-agak team mana yang menang??? aku tak kisah sangat team mana yang juara, apa yang penting (bukan kerjasama)tapi biar game pagi ni menjanjikan persembahan yang menarik.. buat apa aku nak kisah dah team favorite aku dah awal-awal lagi tersungkur masuk longkang.. musim ni memang semua ke laut.. dari Carling Cup bawak ke FA Cup sampai la ke EPL,menang sorak je la.sigh..!
Sudah lama aku tak menonton The Red Warriors lawan kat stadium.. Petang tadi aku dah siap-siap beli tiket.. takut kehabisan.. biasa la kadang-kadang tiket kat sini macam buah durian waktu musim buah.. laku sangat!
Kelantan menang dengan Perlis: 2-1.. Penuh sesak dalam stadium.. tak dapat duduk, berdiri pun jadi la.. janji semua orang dapat tengok bola dengan aman.. kira aman la kan sebab tiada insiden ngeri berlaku.. takat baling bekas minuman beserta maki hamun 'manis' tu biasa la kan.. menda yang wajib berlaku bila tengok bola kat sini..
-full house-
Dalam stadium tadi memang kecoh.. air minuman laku sampai berbakul-bakul.. tak sempat orang jual air nak bancuh sirap, dah ada orang pekik-pekik minta mahu beli air.. apa tidaknya, dari budak milo pass ke linesman pass ke player opponents pass ke referree pass balik ke player kelantan sendiri, semua kena maki.. penonton tak puas hati memekak sampai keluar anak tekak.. ni la buruk punya perangai!
Budak milo salah baling bola punya pasal, kena maki..!
Linesman tak angkat bendera masa player offside, kena maki..!
Player opponents tackle kasar, of course kena maki..!
Referree blow wisel sepoi-sepoi bahasa, kena maki..!
Player sendiri main tak bagus pun kena gak maki secawan dua..!
Hentah hapa-hapa hentah penonton ni.. mulut orang susah nak jaga.. bila habis melalak, orang jual air juga la yang untung.. paling tidak pun kalau orang tak minum, orang beli buat baling dalam padang.haha.. pada pendapat aku, game tadi ok la.. not bad bak kata Rafa Benitez.. aku cuma hairan bin ajaib je dengan percaturan coach B.Sathianthan tu.. malas mahu komen.. lantak dia lah!
2 Mitos:
memang lelaki punya cerita.
memang.
tak boleh dinafikan.
dan tak mampu menafikan.
ooo. anda cuba selongkar cerita lelaki yea.hahaha..
Post a Comment