Pages

Friday, May 21, 2010

Ramai Tak Hengat

Sudah lama aku tak ke Taman Tengku Anis untuk beriadhah.. semalam dah pasang niat siap-siap nak pergi sana.. mission accomplished! aku baru sahaja balik dari sana dengan baju basah kuyup.. bukan sebab hujan tapi basah bermandikan peluh.. agak-agak kalau perah baju sekali dengan seluar besar berserta 'seluar kecik' dan tak lupa juga stokin, ada la dalam 1 tempayan aku punya peluh tu.. bukan nak cerita pasal peluh tapi nak bagitahu yang aku ni sihat dan subur.wakaka..


Bukan main ramai lagi orang kat taman tu. ada dok jogging, walking, footballing, badminting dan lepaking.. yang perempuan pula dok beraerobik sambil mengikut lenggok lagu Pitbul- I Know You Want Me.. mentang-mentang lagu tu rancak, ada yang siap berjoget ala-ala kat clubbing gitu..adoyai. lantak dia lah.haha..

Kebanyakan yang datang memang mahu bersenam di hujung minggu macam ni.. tak kira umur. dari yang kecik hingga yang tua, semuanya berlumba-lumba nak sihatkan diri dengan cara masing-masing.. ada juga yang datang mencuci mata juga dengan cara masing-masing.. taman tu memang dikelilingi oleh flora hijau.. fauna bertanduk macam pelanduk pun ada kat mini zoo dalam taman ni.. awek-awek pun ramai juga yang datang bersenam.. meriah!haha..


Taman ni memang bagus untuk sesiapa nak beriadhah.. kalau tak, takan la semakin ramai orang yang datang.. walaupun tak banyak perubahan ataupun naik taraf kat taman ni dibuat, aku kira berpuashati dengan keadaan di tempat ni.. =D

- Replika masjid ni dah tak da kat sana-

0 Mitos: