Pages

Sunday, May 16, 2010

Suara Kedai Kopi

-sekadar gambar hiasan-

Sekali-sekala lepak kedai kopi kat kampung sebelah apa salahnya.. asyik dok lepak kat restoren, makananlaju & kopitiam.. kadang-kadang bila kita singgah kat kedai kopi, ramai orang kita akan kenal.. kalau selalu sangat melepak, mungkin boleh kenal satu kampung kot..haha. tak mustahil.. kalau tak percaya, cuba korang lepak boleh sebulan.. bukan takat ketua kampung korang akan kenal, cucu cicit dia pun korang akan tahu..

Kedai kopi ni tempat kumpul maklumat.. lebih kurang macam perpustakaan la pendek kata.. cuma maklumat tu berbentuk maya dan tak bertulis.. hanya menggunakan alat pandang dengar (APD).. jadi kalau sesape yang tuli/pekak atau bisu/sengau, susah sikit la nak menimba ilmu di kedai kopi ni.haha..

Petang tadi Piala Thomas & Uber sudah tutup kedai.. Piala Uber, Korea yang menang dan Piala Thomas, China yang menang! Masa lepak kat kedai kopi semalam sempat aku dengar borak-borak pasal Kejohanan 2 Tahun Sekali (bak kata Shauki Kahar) ni.. jelas, orang kampung semua kecewa! bukan takat orang kampung aku jer, malah kampung sebelah pun turut kecewa.. hampa dengan permainan skuad kebangsaan kita.. diorang ni bila komen/kutuk tak agak-agak.. mengalahkan coach pulak.. suruh main macam tu la, macam ini la.haha.. kalah datuk misbun sidek.. =D

-piala yg sekali lg terlepas-

kadang-kadang betol jugak cakap orang-orang kampung.. menang kalah tu adat pertandingan.. yang penting biar berlawan habis-habisan.. ramai yang tak puas hati dengan semangat juang pemain kita.. "LEMBIK" itu yang orang kampung cakap.. ada sorang pemain tu nampak rileks sangat. dah macam orang main snoker pulak.. cover macho ke apa.. nak berlagak cool pun agak-agak la kalau dah mata ketinggalan 18-7.. yang mana pemain kita yang berjuang bermatian-matian tu, kita patut bagi pujian..

Kesian orang yang lepak kat kedai kopi tu.. marah kat pemain kita, tak pasal-pasal minum air sampai 2 gelas.. harap-harap tak da la kena kencing manis yea pakcik.. maklum la dah orang tua-tua semuanya yang datang lepak petang tu.. kepada MR.Eming, thanks sebab bayar air tea ice aku.hehe...

p/s: Tahniah buat pasukan China dan Korea!

4 Mitos:

SuryaRahman said...

tak pernah pegi kedai kopi lepas tu mintak kopi.
mesti minta teh o.

kenapa dia tak panggil kedai teh?kesian teh disingkirkan.haha.emo bagi pihak teh.

Tapak Kaki said...

macam ni ceritanya.. nama tu di beri pd zaman jepun dahulukala.. zaman jepun dulu mana ada teh lagi.. blum wujud..blom sampai di tanah melayu lg.. ada kopi je waktu tu. sbb tu la orang panggil kedai kopi.. x pggl kedai teh.. (kisah benar)hahaha

Amirul Arif said...

haha cerita yg best

Tapak Kaki said...

tq bro..