Pages

Wednesday, June 1, 2011

Konvokesyen Yang Tak Berapa Nak Cool

Bagi kebanyakan orang aku rasa mesti dorang rasa best gila bila berkonvokesyen.. lain pulak bagi aku.. bukan aku tak rasa bangga bila dapat sekeping ijazah.. cuma rasa bangga tu aku simpan dalam hati kecil saje.. takut riak pulak.. bak kata Ahmad Idham "melayu selalu riak"..


Ini kali kedua aku berkonvokesyen.. kali pertama dulu masa terima diploma 4 tahun lepas.. antara sebab pertama yang buat aku rasa konvokesyen kali ni tak cool mana.. masa konvo diploma dulu, bukan main jugak skema dan excited aku ni.. dalam kertas tertulis *sidang petang*pukul 12.30 tengah hari*sila daftar dahulu* oleh kerana for the first time aku nak berkonvokesyen, rasa cuak, jakun, rama-rama dalam perut semua ada.. nasib baik tak da rasa nak terkucil je.. aku pilih untuk berbaju melayu supaya nampak kemelayuannya.. dah belajar kat universiti khas untuk bumiputera, jadi kena la pakai macam tu (pikir aku)..


Sebab kedua konvokesyen ni aku rasa tak cool adalah mak ayah even adik-beradik aku tak datang bersama.. yang ada hanya seorang makcik (thanks).. tak da nak feeling sangat la bila famili tak da bersama.. tak da siapa nak dikongsi rasa happy tu..


--------------------------------------


*pukul 12.30* skema punya pasal takut lambat, tepat pukul 12 aku dah terpacak kat tempat berkumpul.. padahal pukul 2 baru start majlis tu.. terkono aku.. cuba bayangkan berapa lama aku terpaksa menunggu dan beratur hingga masuk dewan.. tu tak kira lagi masa menunggu VIP, VVIP dan bapak segala VIP sampai dalam dewan.. boleh tahan jugak lamanya..


*sila daftar dahulu* masa sampai kat tempat menunggu aku terus cari tempat pendaftaran.. langsung tak jumpa meja, kerusi mahupun signboard 'Pendaftaran'.. tunggu punya tunggu takot aku yang awal sangat sampai sehinggalah masuk dewan, memang tak da sesi daftar mendaftar nih.. terkono lagi aku.. masa dok beratur dorang hanya kasi angka giliran sahaja.. then beratur balik mengikut sususan.. mungkin itu yang dimaksudkan pendaftaran kot.aishh..apa yang aku pikir sebenarnya ni.huh...


Lepas je tamat majlis graduasi dan dapat sekeping kertas A4 bertajuk Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi, aku dan kengkawan keluar dewan untuk
cam-whoring bergambar dengan famili dan kengkawan.. bab ni je yang paling seronok.. sebab ramai kengkawan aku datang dari sabah sarawak semata-mata untuk konvo je.. memang lama sangat tak jumpa sejak habis belajar dulu..

-------------------------------------------

Jadi, untuk konvokesyen yang lepas, aku dah tak macam dulu lagi.. kertas lebih kurang sama skripnya aku dapat masa diploma dulu *sidang petang* pukul 12.30 tengah hari*sila daftar dahulu* tapi kali ni aku keep cool and calm.. tak nak terkono lagi dah.. aku sampai kat dewan pukul 2 petang dan aku orang yang paling last masuk.. memang masa aku sampai tu dah tak da orang beratur kat luar dewan.. semua graduan dah kat dalam tercongok atas kerusi dok tunggu VIP sampai.. semua muka macam excited cuma aku sorang je buat muka selenge macam tak da apa yang berlaku..


Aku rasa masa cepat je berlalu.. tup tup dah tamat majlis graduasi.. tak sama macam dulu terpaksa tunggu berjam-jam.. keluar dewan ambik gambar sekeping dua dengan kawan-kawan, serah jubah, ambik transkrip then terus balik.. no waiting, no registration, no cam-whoring.. balik dengan happy.. yeay!



-aku sempat bergambar dengan mudir imam muda-




25 Mitos:

Cik Ungu Kamila said...

wah ! dah grad la brader tapak kaki. belanja milo ais plz. wakakaka XD

cik azeya said...

yeayyyy bestnye dah graddd.

nabilah_2908 said...

lepas dah....apa lak perancangan lepas ni..? :)

kalau sy..sure rasa sayu...ayah ibu xde...huhuhu..tp awak lelaki kan..mn leh sayu2 hati tu...hehehe... (^_^)

Tapak Kaki said...

cik ungu: takat air milo ice tu tak da hal bebeh..hehe..


cik azeya: ang pun dah grad ke?


cik nabilah: setakat ni baru plan untuk esok hari je.. untuk jangka masa panjang belom lagi.keh3..

sedih tak sedih jugak la.. kalau dorang ada lagi best..

s h a said...

alolo...sedihnye denga cite...kalo sy pon memang x happy kot...family xde x besh woo...huhuh...

btw,congratz da grad... (~___^)

Mun said...

hmm bila baca entry ko ni.. buat aku teringat kenangan masa aku konvo laa... rasa sedih, nak nangis.. sebab mak xnak ikut akunyer konvokesyen kat UUM.. hanya ayah dan adik2 je dtg.. sedeyyy~

Tapak Kaki said...

ecah: thanks... tak ambik hati sangat pun dorang tak datang..


cik moon: nape mak ang tak mau ikot?

Anati Soki said...

woah!!! dah grad 2kali uh!!!
terbaiklah!!!
hehehehe
anat nih nk grad ada lg 3tahun
T___T

Tapak Kaki said...

anati soki: 3 tahun tu kejap je sebenarnya.. enjoy kampus life tu puas-puas ok..nanti mesti ang rindu bila dah habis..hehe


diana: bergambar dengan kawan pun sekeping dua je apatah lagi dengan awek-awek.. memang tak da..haha

Cik SHiNJU said...

Tahniahhhhhhhhhh.......
sebab dapat degree dan bakal join imam muda thn depan... :P

cik azeya said...

belum. tahun depan. tapi gembira untuk ang. -_-"

Duniakuabstrak said...

amik berkat mudir ke? haha

Hanys Najib said...

mudir imam muda!!!!jelesnya ang dapat jupe face to face~
btw,kalau ang xnak rasa biasa masa konvo, awat ang x mintak u lain ke? maybe persekitaran lain,mood pon akan lain kan? alah..dah lepas kan..heh heh~ :D

Ayaa said...

congratsss ! tp setuju lah. if xde family msa convo mmg kureng sket feel nk convo tuhh.

Tapak Kaki said...

yun: ko jangan lupa tengok aku session depan kat astro oasis ok..hehe

Tapak Kaki said...

cik azeya: setahun lagi tu kejap je.. tunggu ang konvo lak ye.hehe..


duniakuabstrak: mudir ni sempoi..hehe


hanys: ang minat ke ngan mudir tu? nanti aku kem salam ang kat dia.haha.. memang rasa nak tukar universiti.. mungkin masa nak sambung master nanti kot..


ayaa alyy: tq..memang feeling spoiled pun sebenarnya..hoho

cik azeya said...

ang bile nak updet? aku convo aku jemput ang nanti. jangan risau. haha

-.-

Tapak Kaki said...

cik azeya: aku tak da mood lagi nak update..serius ke ni nak jemput? nanti mesti ang tak ingat.haha..

Puteri Iqa Izyan said...

aku tak grad2 lagi.

haha.

ILA HonEyBuNNy said...

tahniah kepada anda...

buat2 la cool convo itu....hehe...

Tapak Kaki said...

iqa: nanti ang pulak konvo.. tapi kat dungun la kan..?

honey bunny: thanks.. aku memang tak leh nak buat cool..

Yuni Aisyah said...

Tahniah din...best lak bace kisah dr entry nie....:)

Tapak Kaki said...

yuni: thanks..

cik azeya said...

ahahah. tu pun kalau result aku okeh. malu ar nak ajak kalau result teruk.

kehkeh

Tapak Kaki said...

cik azeya: ala, result teruk mana orang tahu masa konvo tu nanti... so tak da hal la.. invite me ok.haha