Pages

Saturday, December 24, 2011

Frust.. Adoyai..



Disebabkan kawe tak jawab panggilan demo semalam, terus kawe dipersalahkan..
huh!.. terus hilang mood..


ceritanya macam ni..


Sebelum ni kawe ada pergi interview dekat sebijik company ni.. dan dia cakap akan bagi feedback sebelum cuti hari natal.. kawe memang excited gila la nak kerja kat company ni dan dia pun macam dah bagi harapan nak ambik kawe bekerja..


Dan selepas tu kawe memang alert lah dengan handphone.. tak sempat handphone berdering lama kawe terus angkat.. nasib baik handphone kawe tak bawak masuk dalam jamban sekali time nak mandi.. nak alert punye pasal.. ye la kan.. takot terlepas panggilan penting..


Nak dijadikan cerita pagi semalam kawe balik kampung.. nak kerjakan kebun getah mak kawe tu.. bubuh baja pastu tebas semak-samun sikit.. jadi kawe tinggalkan handphone tu kat rumah atok kawe.. kalau bawak sekali pun bukan leh pakai.. tak da line.. balik je dari kebun kawe check ada miscall dari unknown number.. terus kawe curious! 


Kawe check dan memang nombor tu kepunyaan company tu.. kawe bajet dorang akan call balik tapi memang bajet je la.. dorang tak call balik pun.. jadi petang tadi aku call dorang dan dia cakap kawe dah kena reject..




"semalam saya dah call tapi tak angkat.. jadi saya tak jadi la ambik awak bekerja"..  


Kawe speechless! Kawe rasa hampeh gila sekarang ni.. boleh ke dia kasi alasan macam tu kat kawe.. kawe tengok ada 1 je kot misscall dari dia.. 



kawe sero supo loser jah loni!

Friday, December 16, 2011

Pesan Khatib #10



Khatib memulakan khutbah dengan menyeru ahli jemaah supaya bertakwa kepada Allah swt.. seraya beliau berkata..
  •       Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kitab al-Quran sebagai panduan hidup..

  •       Setiap manusia akan berjalan menuju akhirat dan tanpa bimbingan dari al-Quran nescaya kita akan sesat diperjalanan..

  •       Orang yang beriman tidak akan membuat sesuatu sebelum bertanyakan kepada Allah dan Rasul-Nya..iaitu bertanyakan kepada kitab al-Quran dan Hadith..

  •       Dalam semua aspek ibadah, muamalat, munakahat dan jinayah wajib kita mengikut apa yang tertulis dalam al-Quran..ianya lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan kita termasuklah dari segi ekonomi, pentadbiran dan politik..

  •     Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi seluruh umat manusia yang serba lengkap dan sempurna..


“ seperti mana bila kita membeli handphone @ kereta, ianya disertakan dengan buku panduan untuk menggunakan benda tersebut.. begitu juga kita diberikan buku panduan iaitu al-Quran untuk hidup di muka bumi ini ”


  •       Sesiapa yang mengikut petunjuk tersebut nescaya mereka akan berjaya dunia dan akhirat..

  •       Al-Quran bukan hanya buku untuk dibaca malah untuk diamalkan sebagai panduan..

  •       Manusia sekarang bukan sahaja tidak membaca al-Quran sebaliknya mereka berpaling dari panduanNya.. lebih teruk lagi ada yang sanggup berkata buruk terhadap kandungan kitab Allah..

  •       Sesungguhnya mereka tergolong dari kalangan orang musyrikun/munafikun dan akan menjadi bahan bakar dalam api neraka..



 Sebelum khatib menghabiskan khutbah pertama, beliau sempat sound-direct kat bebudak yang bising kat belakang suruh dok diam jangan bercakap (first time aku dengar khatib sound masa dok sampaikan khutbah)..


dan khatib akhiri khutbah yang kedua dengan suasana yang aman bebudak dah takot nak buat bising..



p/s: aku berpesan kepada diri sendiri dan kengkawan.. moga kita sama-sama mendapat manafaatnya.. barakallahufikum..


Wednesday, December 7, 2011

Penampar Bongsu



Kelmarin masa aku dok mengadap laptop, 
puan emak masuk bilik anak bujang ajak bersembang..
berdiri kat belakang kerusi hitam aku..


Tak sampai dua tiga patah bersembang, 
paaang! penampar bongsu singgah kat leher aku.. 
tepat! padat! sakit!
betul-betul kena kat bawah telinga kiri.. 


"wah, besarnya nyamuk!", katanya.. 


"adeh.. tu tahi lalat orang la umie", setitik peluh atas dahi aku keluar..
aku buat muka innocent.huhu...



Kenapa dipanggil penampar bongsu?
mungkin penampar tu lebih lemah dari penampar sulong kot.. 
aku sendiri pun tak tahu..
nasib baik tak berdesing telinga aku..






Sunday, December 4, 2011

Rongak Sudah



Gigi geraham ni dah makin rancak dok ajak aku bergoyang.aiissh..
tahun lepas sebatang gigi kena cabut..
dua tahun lepas pun sebatang jugak dah terkorban..
yang dok bergoyang inul ni pun aku rasa cukup bulan ni tertanggal jugak kot.. 
buat syarat sekali setahun gigi makin kurang..


Ni la padahnya masa kecik-kecik dulu tak reti nak jaga..
selalu tertidur masa makan gula-gula.. 
sedar je gula-gula masih kat dalam mulut..
gula-gula melekat kering atas lidah macam terkena frost..
sakit jugak.. korang pernah rasa?



Semalam aku dok kira gigi aku sesambil dok tengok bola..
tinggal lagi 28 batang..
barangkali lagi 28 tahun mulut aku tinggal gusi je..


Nasib baik semua gigi geraham yang kena.. 
kalau gigi depan, tobat sumbang manis time aku sengeh.hehe..




*senyuman adalah hak milik setiap insan*






Serius, esok aku nak pergi buat gigi palsu.. nekad!haha..




Friday, December 2, 2011

Pesan Khatib #9


Tajuk besar khutbah kali ni mengenai Perkahwinan..


Beberapa isi penting yang disampaikan khatib.. laju khatib baca teks.. tak sempat nak catch-up..



  • Kita diutuskan ke dunia untuk diuji dan menjadi khalifah serta beribadah kepada Allah.. Umat Islam sentiasa berkembang dari segi bilangan tidak kira bangsa dan kedudukan di serata tempat..
  • Perkahwinan dapat mengembangkan umat Islam untuk terus maju dan menjalankan tanggungjawab kita di muka bumi ini..
  • Perkahwinan ada salah satu sunnah Rasulallah dan sesiapa tidak mengikut sunnah baginda nescaya mereka tidak tergolong dari umat Rasulallah..
  • Tinggi martabat perkahwinan dalam Islam bagi memelihara kesinambungan zuriat yang soleh.. 
  • Perkahwinan adalah salah satu wasilah dalam tuntutan syarak bagi memenuhi fitrah manusia yang inginkan persetubuhan yang halal..
  • Allah jadikan perempuan dari kaum lelaki dan mempunyai kasih sayang..
  • Perkahwinan yang diberkati Allah adalah perkahwinan yang dipermudahkan nilai mas kawinnya..
  • Ibu bapa janganlah cerewet dalam urusan perkahwinan terutama dalam menentukan nilai mas kawin.. dan janganlah terlalu mudah menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang tidak tahu latar belakang kaum keluarganya..

Khatib juga menasihatkan supaya:

  • mempermudahkan nilai mas kawin..
  • ketika majlis walimatul urus bekwoh elakkan dari pembaziran, perkara bida'ah dan hanya menjemput golongan ternama dan orang kaya sahaja...
  • tepati waktu solat ketika sepanjang majlis berlangsung..
  • kita sebagai umat Islam mengharapkan agar perkahwinan kita mendapat keberkatan dari Allah swt.. nescaya kehidupan kita selepas itu akan bahagia di dunia dan akhirat..

Bagi yang ingin berkahwin hendaklah:

  • Bujang - hendaklah mengisi borang perkahwinan di jabatan agama serta tunjukkan sijil kursus pra-perkahwinan @ surat pengecualian.
  • Lelaki berpoligami - pergi ke mahkamah syariah untuk mengesahkan status/mendapatkan kebenaran bertulis sebelum mengisi borang perkahwinan.
  • Janda - hendaklah membawa surat akaun penceraian @ surat kematian suami ke mahkamah syariah untuk mengesahkan habis tempoh e'dah sebelum mengisi borang perkahwinan.
*korang kena cari maklumat lebih detail untuk syarat sebelum berkahwin (tertakluk pada enakmen setiap negeri)..


ps 1: harap sedikit sebanyak boleh berkongsi dengan korang..barakallahufikum!
ps 2: korang rasa aku dah boleh kawin ke?haha..