Sudah lama tak update blog ni walaupun selalu surfing.. hanya blogwalking kat blog kawan-kawan je.. tak ada sorang pun yg upload gambar raya tahun ini.. aku nak tengok jugak baju raya korang.. mana la tahu sama dengan baju raya jiran aku ke.haha..
hari ini dah 9 syawal bermakna korang dah beraya sakan selama 9 hari.. dan hari ni juga adalah hari pertama bekerja selepas semua kuih-biskut-kek raya korang habiskan.. duit raya pun turut korang pungut habis-habisan dekat saudara-mara korang..nak minta dengan jiran tetangga rasanya dah tak tergamak korang nak buat..buat malu diri sendiri je.. ada juga yg dulunya dia suka kutip duit raya dan kali ni dia pula yg kena bagi duit raya..padan muka korang.haha.. sape suruh kerja awal-awal.. lain kali kalau ada budak-budak yg datang nak mintak duit raya korang cakap la baru kena buang kerja ke, masih menganggur/belajar ataupun cepat-cepat korang paw duit raya budak-budak tu sebelum dia tadah tangan depan korang.haha..
aku pelik betol dengan budak-budak zaman sekarang ni..macam-macam..pelik-pelik..ada ke patut datang rumah orang semata-mata nak kutip duit raya je.. masuk rumah orang dah la tak bersalam, pastu tercegat je depan pintu.. jemput makan tak mahu..jemput minum pun tak mahu.. uiks, aku dah naik pelik.. berkerut dahi aku..humph!!! nasib baik la makcik aku panggil suruh kasi duit raya kat budak-budak tu semua.. yg tak tahannya lepas dapat duit raya terus budak-budak tu angkat kaki balik..hoho. memang sah, CETI punya budak!!! aduhai, apa la nak jadi kalau gaya mereka macam ni.. aku sempat tengok ke mana budak-budak tu semua pergi selepas tu.. diorang cari rumah sesape je yg ada orang.. rumah cina india diorang tak pergi..NO ANGPAW from them.haha.. diorang akan tanya; boleh tak kami nak datang beraya?
kalau sesape yg baik hati memang tak tergamak nak cakap tak boleh.. yg datang bukannya sorang dua.. sekali datang 10 orang.. fuhh,jenuh jugak mau melayan..nasib baik la tuan rumah tak tahu siapa mak bapak diorang..kalau tak, malulah dibuatnya..datang beraya sebab nak duit raya je..selalunya orang akan cakap; biasa la tu,budak-budak kan..tapi mak bapak kena la ajar anak-anak beradab kalau nak pergi rumah orang..tak gitu???
apa-apa pun raya tahun ni best walau kejap je berada di kampung..apa yg best aku pun tak tahu..main cakap je tu.haha. sebab hari raya kan,mesti orang cakap best.. mungkin yg best raya tahun ni aku masih lg boleh main mercun..dah la dapat free. gila best..kuat tak ingat meletop..dah macam bunyi kat Gaza.hoho..berbekalkan pengalaman 12 tahun bermain mercun, aku dah kira otai ok..haha. nasib baik la raya tahun ni kami tak sempat nak buat meriam buluh@meriam tanah..kalau sempat, korang pikir lah sendiri apa jadinya :D
p/s: cuba teka berapa duit raya aku dapat tahun ni?
Monday, September 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Mitos:
budak skrg da advance, bg RM1 xnk.. RM10 ke atas..
budak skrg da advanced, bg RM1 xnk.. RM10 ke atas sahaja..
klu g2 bagi je kad topup kat diorg.haha
kad topup eh? mantap!
boleh tumpang raya tak? nak jugak duit-kad-topup-raya tu.
haha.
nak tumpang beraya ek.. dtg la umah kat kota bharu.. dekat je tu..dtg la ek..smpi umah sy up sket kasi kad topup raya 30 hengget.. tp kos dtg umah kena tanggung sdiri la.haha
heh. dah datang beraya kat blog ni. ok lah tu. kira raya jugak.
apa lagi. masukkan terus ah duit-kad-topup-ray rm30 tu. haha.
mana aci main beraya dlm blog.. kena ikut tradisi la dtg beraya di rumah..
sila datang ok.haha
hehe..melampau kan bdk2 skrg..keje datg raye rmh mntk duit je..huh..gram gak..len kali dtg cam tu bg duit keras 50cen tu je..haha
takpe. blog adalah rumah kedua. dah kira raya ni. dah kenyang ah makan kuih-raya-maya. ape lagi bagilah duit raya cepat.
hehe.
bunda: dr kasi duit keras 50sen tu baik bagi coklat yg bentuk macam duit syiling tu.bg banyak2 pun x pe.hahaha
ms fitri: ok2.. kan dah kasi duit raya kat entry baru tu.. duit raya utk korang.. sila tuntut kat situ ok.. :D
Post a Comment