Aku dah hilang kiraan.. hari ni dah kali ke berapa aku curi-curi pergi main bola.. tujuh bulan dok saje rasa tak tertanggung.. aku ingatkan kakikananku sakit ni sembuh dalam dua tiga bulan je.. paling lama pun enam bulan.. mengalahkan orang patah tulang.. tapi tak pe lah.. aku dah buat MRI Scan minggu lepas dan 16 haribulan baru tahu result scanning tu..
Aku mana la reti nak dok saja lebih-lebih lagi waktu petang.. takan nak lepak kat rumah sambil tengok drama nora elena kat tv3 je kot.. oh tidak! Tak brutal langsung..
Nak curi-curi keluar rumah pergi main bola/futsal bukannya mudah.. lebih kurang saing-saing mission impossible jugak tu.. kalau kantoi ngan mak aku confirm kena marah sampai berdarah gegendang telinga.. silap-silap kena grounding macam style parents mat saleh.haha..
Masa nak curi-curi keluar, pakaian kasut segala bagai aku dah standby letak tepi tingkap bilik aku.. sembur perfume lebih sikit pastu keluar bilik buat muka selamba gaya macam nak keluar dating.. ye la kan.. takan mak aku nak syak aku pergi main bola dengan wangi macam hantu raya.. nak masuk pun dengan cara yang sama.. setakat hari ni satu rumah tak dapat hidu lagi taktik busuk aku ni..
Dan kegiatan haram aku ni berenti takat hari ni je kot.. malam ni dah nak start tarawikh dan esok dah mula puasa.. tu pun kalau penyimpan mohor besar raja-raja dengan bangganya umum esok 1 ramadhan..
Dengan kaki berbalut aku cuba-cuba main bola.. ternyata masih tak hilang bakat tu *perasan*.hehe.. nasib baik tak da orang tackle kakikananku sakit ni.. Alhamdulillah dan insyaAllah aku takan ketinggalan bertarawikh malam ni..
Salam Ramadhan untuk semua dan selamat menyempurnakan ibadah puasa serta ibadah sunat yang lain.. Ahlan wasahlan ya Ramadhan!