Pages

Sunday, May 30, 2010

Kisah di Suatu Pagi

Pukul 7 pagi aku sudah keluar rumah.. membelah kabus jalanan.. aku mahu ke taman.. mahu jogging.. kalau duduk kat rumah pun, confirm aku membuta sampai ke tengah hari.. ada baiknya aku pergi keluar beriadhah.. ada juga faedah untuk jantung, paru-paru, buah pinggang dan otot-otot aku ni..


Jogging tak da la lama sangat.. dalam 40 minit tu aku dapat pusing Taman Tengku Anis dalam 4 keliling.. berapa jaraknya, yang itu aku tak pasti..tak lama lepas tu bila lutut ni dah rasa goyang, aku tukar mode dari jogging kepada walking.. sambil-sambil tu dah boleh terus cooling-down..

Tahap flexibility aku memang failed.. badan keras macam tiang letrik.. jadi aku port baik punyer kat depan kolam untuk buat stretching ala-ala kucing menggeliat.. harap-harap badan aku boleh lentur macam atlit gimrama gitu.wakaka.. haram tak dapat.. =P


Kaki tangan aku sibuk dok stretch tapi mata lak seperti biasa dok melilau tengok orang lalu lalang especially amoi-amoi cun.haha.. nak usha awek tak da.. “mungkin diorang masih dok dalam selimut atas katil di rumah kot”, fikir aku sambil dok dengar lagu dalam sonywalkman.. tengah dahi berkerut dok buat sit and reach, datang sorang pakcik menyapa aku lantas menghulur salam..

Aku menyambut tanpa banyak songeh.. peramah la katakan.. tak elok kalau sombong-sombong nih.. orang tua dihormati yang muda disayangi, bak kata iklan dalam tv tu.. jika ditelek dari muka pakcik ni yang berbaju t-shirt berkolar kaler merah, berseluar track (bukan seluar yenki ok),dah la tak tuck-in, pakai pulak kasut jenama POWER, aku rasa umur dia lebih kurang bapak aku je.. tengok jam dah nak kul 9.. pakcik ni tak bekerja ke? Selidik punya selidik rupanya pakcik ni kerja kat Penang.. kat sini hari Ahad memang la dah kira weekday, tapi kat sana masih weekend.haha..

Kami bersembang sampai orang kat taman tu dah makin kurang.. tinggal dua tiga kepala je.. matahari pun dah nak mula pacak depan mata.. dah mula nak bahang.. dari bab belajar, bekerja sampai la pasal family kami bersembang.. dah bersembang dengan orang tua, aku banyak tadah telinga la dari bercakap.hehe.. namun aku tetap enjoy bercakap dengan pakcik tu.. =P

Dipendekkan cerita masa kami dah mula menapak nak balik, pakcik tu mintak nombor handphone aku.. “alamak, pakcik lupa bawak handphone. Tertinggal dalam keta.. misscall nombor pakcik boleh”.melawak pakcik tu.. errkk.aku pergi ambik handphone bawah seat motor terus call nombor dia.. tetiba ada soalan cepu mas keluar dari mulut dia.. “awak ni dah ada girlfriend belum?”.. aku dengan spontan dan cerdas menjawab, “mana ada pakcik.. sape la nak kat saya ni”.. jawapan pancing dari aku.haha..

Sebelum aku berjabat tangan menandakan mahu pulang, pakcik tu kasi aku business card dia dan terus ke kereta beliau.. terkezut berok aku tengok kad yang pakcik kasi.. rupanya pakcik tu seorang PENGARAH di satu jabatan kerajaan di Penang.. nah, ambik engko! Siapa sangka dari cara pakcik tu yang selamba badak, peramah, gaya lak macam orang pencen keje posman, tahu-tahu je dia seorang pengarah.. tabik aku!


* pakcik tu cakap nak buat aku jadi menantu dia..yahooo! (^_^)

Saturday, May 29, 2010

THE LETTER T

Satu menda yang aku tak pernah terpikir untuk buat.. aku telah di-tag.. hentah permainan hapakah ini..?? aku hentam keromo saja buat menda ni.. hentah betol hentah tidak..

Rules:

It's harder than it looks...

Copy to your own notes...

Erase my answers...

Enter yours and tag twenty (20) people...

Use the first letter of your name to answer each of the following questions...

They have to be real...

Nothing made up...

If the person before u had the same first initial, you must use different answers...

You cannot use any words twice...

and

You can't use your name for the boy / girl name question...


Aku guna nama glamour aku je, Tapak Kaki.. kalau pakai nama betol nanti kantoi kat CIA pulak.wakaka...


The Letter


1. What is your name :

Tapak Kaki


2. A four letter word :

Team


3. A boy's name :

Tom Cruise


4. A girl's name :

Tiara Jacquelina


5. An occupation :

Tailor


6. A colour :

Tangerine


7. Something you wear :

Track Suit


8. A food :

Toblerone (Chocolate)


9. Something found in the bathroom :

Tiles


10. A place :

Thailand


11. A reason for being late :

Tayar Pancit


12. Something u shout :

Thank You


13. A movie title :

The Last Samurai


14. Something u drink :

Tea Ice


15. A musical group :

The Beatles


16. An animal :

Tapir/Tenuk


17. A street name :

Thong Lo, Bangkok Thailand


18. A type of car :

Toyota Corolla


Now tag twenty (20) people.


Bab yang ni memang kelakar.. follower aku pun tak sampai 20.. macam mana tag seramai tu.haha..

Aku tag je yang mana ada.. ikot suka hati, limpa, buah pinggang korang nak buat ke tak nak.ok.wakaka.. agak KBKK jugak nak buat menda alah ni.. first time.. agak-agak boleh hadiah tak cik nabilah?


“ARIEN***NU.YA.RA***ALEEN ADELA AKOO***NURWINA***CIK NONENG***PRINCESS…***QYME.FUZ***OLEEN***NADDY YAYA***SHUHADAH***AQISH BASIR***NAUGHTY BOY***MUSEZAFAR”


Kalau dah boring sangat tak da nak buat apa, cuba la try test menda alah ni.. aku buat menda ni sebab memang dah tak keje lain.hahaha.. jangan malas-malas ok..



Friday, May 28, 2010

Rekod Telah Tercipta

Dah tak da tempat lain untuk aku berkongsi kegembiraan jika tidak di blog sendiri.. Memang gila seronok hari ni.. tak pernah aku tersengeh sorang-sorang masa bawak kereta.. Kenapa? Apa dah jadi? Haaa. Ini yang aku nak cerita.. (^^,)


Petang tadi aku ada friendly match.. Maahad FC menentang PRO Team FC di Padang Pejabat Pertanian Kota Bharu, pukul 6 petang.. sepak mula terpaksa dilewatkan sebab team aku tak cukup orang.. sebab apa lagi kalau bukan datang lambat.. wah, detailnya.. dah macam laporan sukan TV 1.. ye la.. menda ni akan jadi sejarah.. bukan boleh buat main-main.wakaka.. =P


Keputusan 3-1.. Team aku menang.. sape tak gembira bila menang kan.. tapi ada lagi yang buatkan aku lebih gembira.. sebab aku dah buat rekod peribadi terbaik sepanjang karier pemain bola sepak amatur.haha..


Aku SHOOT bola dari TENGAH PADANG terus MASUK GOL.. boleh korang bayangkan betapa jauhnya bola tu terbang terus ke gawang gol??? Keeper siap kena gantung lagi.hehe.. gila terer mamat ni.. =D


Sebab ni la aku memang gila dengan bola sepak.. kalau macam ni la gayanya, macam mana aku harus berhenti dari bermain??? (^_^)

Kenangan Masa Ke Over The Sea

Semua orang bercita-cita nak sambung pelajaran ke oversea.. bagi orang yang tak pandai seperti aku ni, berangan je la nak belajar kat luar negara.. tapi siapa cakap aku ni tak penah belajar kat luar negeri?! Kalau korang nak tahu, aku pernah belajar kat over the sea..


Demi ilmu aku sanggup rentangai Laut China Selatan.. Sanggup bersusah payah demi segulung diploma.. haa.mula nak bercakap poyo la ni.haha.stop it!


Sebenarnya selepas tamat SPM, aku dapat sambung belajar kat negeri Sarawak.. Oversea jugak tu kan.haha.. nak tak nak kena lintas laut jugak.. kalau sambung belajar kat Jepun, UK ataupun US kita terpaksa naik kapal terbang kan.. Jadi, sama juga dengan aku terpaksa naik aeroplane.. tak da orang pergi Sawarak naik sampan mahupun kapal selam.. buang tebiat ke apa!


Dengan berbekalkan result SPM yang ciput je, ada juga keinginan aku mahu sambung belajar.. nak kejar cita-cita punya pasal.. Alhamdulillah, dapat juga tawaran Diploma Pengurusan Sukan & Rekreasi.. Betol-betol tak sabar nak ke Sarawak.. dapat naik flight.. yahoo! Gila seronok!


Punyalah jakun aku masa nak naik flight dulu.. macam mana nak check in? boarding pass nak ambik kat mana? Gate mana nak kena lalu? Dah banyak sangat tanda ???? dalam kepala hotak aku.. malas nak fikir panjang jadi aku redah selamba.. berlagak macam pandai.. nak hidup punya pasal kena la macam ni.haha..


“Kaunter sebelah yea encik..” kata sopan dari awek berbaju kebaya sendat sambil tersenyum sinis.. meredah punya pasal bercampur nervous macam ni la jadinya.. rupanya bapak aku beli tiket AIR ASIA.. salah kaunter daa.. muka mula menebal secara mendadak!


Aku mengensot ke kaunter sebelah seperti tiada apa yang berlaku.. Lepas check in kat awek berbaju merah, aku terus follow rapat dengan passengers yang lain.. takut terkandas buat kali kedua.. tak rela memalukan diri sendiri lagi! Jadi selamat la aku berlepas ke Sarawak.. sehinggalah aku TERKENANG MASA DI OVER THE SEA pulak...


- aku pernah naik flight ni (^^,) -