Pages

Saturday, July 31, 2010

She's Out of My League



Aku tersenyum dalam mimpi...

owh..tidak...

ia memang realiti..

hanya menunggu masa itu tiba..

Thursday, July 29, 2010

Rabu Untuk Aku


#Pesanan penaja astro:

Korang ni langsung tak nak cuba bukak channel discovery untuk cari jawaban teka-teki aku tu.. entah-entah jawaban tu ada kat channel 106 kot..haha. esok aku bagitau jawaban teka-teki tu kat corner lotmitos hari ini’ ok..


----------------------------------


Bagi aku hari rabu adalah hari untuk melepak dan merayap bagi orang seperti aku.. nak buat macam mana dah weekend aku selalu ada kerja.. macam-macam urusan dunia akhirat aku nak kena setel.. paling tidak pun team aku ajak masuk tournament futsal.. jadi aku anggap je hari RABU sebagai OFFDAY.. masa untuk aku keluar berfoya-foya.haha..


Dan sebenarnya semalam dari pagi bawak ke senja aku outing macam budak-budak asrama.. otak ni ligat je dok pikir nak ke mana.. sebelum pergi berfoya-foya, aku terpaksa setel down dulu misi menyambung roadtax & insuran permit merempit di jalan raya.. kalau tak, haram kalau nak merempit.. nak pulak sekarang ni brother berkuda putih tu selalu je dok usha aku dari belakang.. road block pun dah macam plaza tol aku tengok.. meriah gila dok periksa roadtax ngan lesen.. takut beb!



Bila dah Mission Impossible Accomplished, aku teruskan niat untuk berfoya-foya.. first, aku pergi usha tiket wayang.. dah lama hajat di hati mahu tengok citer twilight eclipse.. nasib baik TGV Cinema masih ada hati nak tayang citer ni.. aku terus men-tapak kaki ke kaunter tiket..


Lelaki macho: citer twilight, pukul 12.55..

Awek TGV: berapa orang? Dua?

Lelaki macho: sorang…


Tetiba awek tu ketawa bila aku cakap “sorang”.. dem~ mungkin dia ketawa sebab aku tak da awek kot.. boleh pulak gitu.. nak je aku kasi tapak kaki aku kat muka dia sebagai cedera+mata.haha.. lepas kasi dia $6 pound sterling, aku terus beli belah..


Masa aku dok ‘beli tingkap’ sesambil tunggu lampu angka 2 tu menyala, ada sesuatu yang menggoda aku..

- klik gambar ni kalau rabun -


Aku suka menda alah ni.. dari aku pergi rumah urut, baik aku beli mesin urut ni.. jauh sikit dari maksiat.haha.. 24 jam boleh mengurut badan sasa aku ni..yang aku tak tahan, menda alah ni mahal nak mampos.. pergi rumah urut lagi murah.. apasal aku asyik sebut rumah urut ni.haha.. kalau dah sengkek sangat nak beli menda alah ni, baik pergi kat giant je.. kat sana ada mesin urut yang boleh guna pakai syiling.. jimat!


Sesape pun suka manjakan diri.. bermacam cara.. ada yang suka pergi spa, jakuzi, mandi wap.. bagi aku rumah mesin urut ni pun dah cukup kot.hehe..


Lampu angka 2 pun dah menyala.. tanpa membeli popcorn mahupun air coke, aku terus masuk cari port.. cis! bila aku masuk je, semua couple-couple je dalam tu.. hampeh! Tension aku.. Aku terus cari seat jauh-jauh.. pedulikan bella-edward dalam panggung tu semua.. aku tetap nak layan citer ni sampai habis.haha.. ada aku jelous?


Habis je layan citer tu aku terus balik sambil tengok bella-edward keluar panggung tersenyum riang macam keluar dari fun fair.. dem~

p/s: rosak mood hari rabu aku..

Monday, July 26, 2010

Uji Otak Ang Sampai Berdarah

Kat sini aku ada soalan teka-teki untuk korang.. even UPSR korang dapat 5A, PMR dapat 8A+ failed add math, SPM dapat 12A dan setiap semester korang dapat 4 flat pun belom tentu dapat jawab teka-teki ni..

"BILA SUCI IA HITAM, BILA KOTOR IA PUTIH"

*pembayang= benda

kalau korang terer sebernas atok elbert einstein cuba la jawab..


Wednesday, July 21, 2010

Aku Dirompak Budak Kecik

Satu kejadian yang aku tak pernah kongsi dengan sesiapa pun.. jika orang tanya samada aku ada kenangan pahit, ngeri dan tak dapat dilupakan, YA memang ada.. korang mesti tak tahu bukan apa yang sudah terjadi dengan aku tengok tajuk pun dah boleh agak..


Malu nak kecoh-kecoh pasal hal ini.. mana ada budak-budak rompak orang dewasa.. mad boys with a gun.. lebih teruk hidup aku selalu dihantui akan peristiwa itu.. nak keluar sensorang pun dah rasa terancam.. sekarang tak kira siang atau malam, aku sentiasa tidur berjaga-jaga..pernah sekali-sekala peristiwa ni mencelah dalam mimpi aku..


Aku rasa seolah-olah menjadi tebusan sekumpulan ninja penjahat professional yang ingatkan wang tebusan sebanyak $1 juta.. lengkap dengan senjati api..bukan calang-calang perompak.. tak dapat korang rasakan walau korang dapat bayangkan.. untuk dijadikan sempadan, aku rela ceritakan pada korang peristiwa tragis ini..



Kes: Rompakan bersenjata

Tempat kejadian: Putrajaya

Masa: Matahari straight atas kepala

Saksi: Kereta, motor serta orang yang lalu-lalang

Bukti: Gambar (salah seorang saksi sempat men-snap)


Di suatu musim cuti sekolah tahun 2010, aku satu family dari kampung pergi ke Selangor atas urusan mahu reramai hantar adik aku pergi KLIA.. dia dapat sambung belajar ke Jepun.. sehari sebelum adik aku berangkat, kami pakat-pakat ke Putrajaya sebab kat sana kebetulan ada pertunjukan sarkas Hot Air Balloon.. teringin mahu naik menda alah tu.. niat kami terhalang bila tengok sign RMxxx kat situ.. aku ingat free of charge.. rupanya kena bayar.. jadi kami macam jakun
dok tengok dari bawah je la menda alah tu terbang..


Agak dah boring dok round tengok apa yang ada kat event tu, jadi kami angkat kaki mahu balik.. ketika ni la kejadian tu berlaku.. aku terpaksa ambik MPV kat parkir sensorang sebab aku parking jauh gila..nak buat macam mana dah sesak sangat orang datang.. sebagai driver yang bertanggungjawab, aku suruh family aku tunggu kat tepi jalan.. nanti aku singgah ambik..


Masa on the way ke tempat parkir tu, muncul dua orang budak kecik dalam semak samun dengan berbekalkan pistol machine gun mengacu ke arah badan aku.. “put your hands up”, cakap london budak gemok bertindak selaku ketua.. aku yang terkejut beruk terus angkat tangan dan bersandar pada kotak eletrik TNB di tepi jalan tu.. sungguh ngeri.. adakah ini mimpi? Aku tengah berlakon filem ke? lepas budak kecik tu paw aku, diorang bebaskan aku dengan selamat.. Nasib baik aku tidak di apa-apakan.. dan nasib baik juga seorang awek sempat snap kejadian tersebut.. cuba korang tengok gambar kat bawah ni -->


Bukti gambar mangsa dan penjenayah

- sila kilk gambar ni untuk paparan yang lebih jelas -

Monday, July 19, 2010

Superhero Baru Malaysia

Aku juga tidak ketinggalan menempatkan diri aku di kalangan superhero seantero dunia.. saing-saing superman, batman dan juga geng bas sekolah (GBS) keluangman.. biasa la, nak berbakti kepada masyarakat dan menghapuskan kejahatan.. sesape ada sebarang masalah korang tak perlu susah payah pekik nama aku.. hanya sms/misscall pun sudah cukup ok! Tollfree..


PROFIL SUPERHERO



Nama samaran: Super TK

Umur: rahsia

Gender: Teruna

Keistimewaan: Laju sekelip mata, Halimunan, Bergerak tanpa meninggalkan kesan tapak kaki, Badan berotot sasa, Berat badan normal dan Makan banyak.

Kelemahan: Rabun warna, Tidur mati, Cepat lapar dan Lipas.

Kuasa pemusnah: Tendangan Maut Bertubi-tubi, Tendangan Tanpa Bayang, Tekong Servis Kuda dan Kakiku Di Bibirmu.

Binatang Tunggangan: CBJ 2404

Tagline: “Jangan Sampai Tapak Kaki Saiz 7 Ni Singgah Kat Muka Hang”

Hobi: Terbangkan diri, Tolong Orang, Berlari anak (Jogging), Kumpul setem dan Bersiar-siar.

Makanan kegemaran: Budu & Apam Balik

Penyakit: Tiada

Status: Duda anak sorang

Hotline 24H: *124# atau *122# atau *126# atau *132# (bebas tol)

Trademark:


p/s: korang jangan bagitau sesape yang aku ni superhero ok.. standard superhero kena la rahsiakan identiti.. tak leh kantoi..

Friday, July 16, 2010

Tapak Kaki Masuk Imam Muda




Asyik mata dok melilau tengok orang lalu lalang kat depan kolej melalui tingkap cermin yang penuh berhabuk, terdengar sayup-sayup azan asar berkumandang.. aku sarong selipar jepun dan terus ke bilik air untuk berwudhuk.. sesambil tu aku penuhkan air kat dalam boiler.. nak buat air milo untuk minum petang ni.. cicah ngan biskut tawar cap pingpong layan jugak..


Lepas setel solat asar secara solo, aku sambung termenung kat tepi tingkap sambil jamah biskut petak tu.. sambil makan aku dok muhasabah diri.. “bila la aku nak jadi tok imam? Takan nak tunggu lepas dah kawin kot..mesti nak kena praktis jugak kan..buatnya kena jadi imam berjemaah pulak dengan mertua, mau goyang kepala lutut gua ni”..pikir otak aku yang sedang nak insaf.. entah layak ke tidak aku ni nak jadi tok imam..hurm!




- ok tak kalau aku selak masuk sekali ngan diorang ni? -


Nak jadi tok imam ni bukan takat betol bacaan al-Fatihah pastu hafal dua tiga surah lazim je.. lebih dari itu kalau nak jadi tok imam habaq hang.. nak citer criteria lebih-lebih pun aku tak da la pandai mana sangat.. kalau korang nak tahu, ada baiknya korang layan IMAM MUDA kat Astro Oasis tu..


Program ni dah meletop sampai ke luar negara.. sampai kat Jerman pun diorang siar program ni.. silap hari bulan, Miraslave Klose pun dok layan tengok kapsul imam muda tiap-tiap malam.. betul hari bulan, mungkin Mesut Ozil pun mahu join masuk program ni.. maklum saja la, dia pun Islam macam kita jugak.. sesape yang menang kat program tu mesti ramai yang nak buat jadi menantu, kan.. bukan takat boleh jadi imam je, siap boleh jadi menantu baik lagi.. bonus tu.hehe..


Apa yang aku nak cakap tak semestinya kena masuk program IMAM MUDA baru boleh jadi TOK IMAM.. aku terpaksa la cari jalan lain untuk timba ilmu jadi tok imam. Jangan lak korang ingat aku nak jadi tok imam kat masjid negara atau masjid kat mukim korang.. aku cuma nak jadi tok imam untuk diri sendiri dan yang berkenaan.. habis secawan milo aku dok muhasabah tepi tingkap ni..