Pages

Friday, May 28, 2010

Kenangan Masa Ke Over The Sea

Semua orang bercita-cita nak sambung pelajaran ke oversea.. bagi orang yang tak pandai seperti aku ni, berangan je la nak belajar kat luar negara.. tapi siapa cakap aku ni tak penah belajar kat luar negeri?! Kalau korang nak tahu, aku pernah belajar kat over the sea..


Demi ilmu aku sanggup rentangai Laut China Selatan.. Sanggup bersusah payah demi segulung diploma.. haa.mula nak bercakap poyo la ni.haha.stop it!


Sebenarnya selepas tamat SPM, aku dapat sambung belajar kat negeri Sarawak.. Oversea jugak tu kan.haha.. nak tak nak kena lintas laut jugak.. kalau sambung belajar kat Jepun, UK ataupun US kita terpaksa naik kapal terbang kan.. Jadi, sama juga dengan aku terpaksa naik aeroplane.. tak da orang pergi Sawarak naik sampan mahupun kapal selam.. buang tebiat ke apa!


Dengan berbekalkan result SPM yang ciput je, ada juga keinginan aku mahu sambung belajar.. nak kejar cita-cita punya pasal.. Alhamdulillah, dapat juga tawaran Diploma Pengurusan Sukan & Rekreasi.. Betol-betol tak sabar nak ke Sarawak.. dapat naik flight.. yahoo! Gila seronok!


Punyalah jakun aku masa nak naik flight dulu.. macam mana nak check in? boarding pass nak ambik kat mana? Gate mana nak kena lalu? Dah banyak sangat tanda ???? dalam kepala hotak aku.. malas nak fikir panjang jadi aku redah selamba.. berlagak macam pandai.. nak hidup punya pasal kena la macam ni.haha..


“Kaunter sebelah yea encik..” kata sopan dari awek berbaju kebaya sendat sambil tersenyum sinis.. meredah punya pasal bercampur nervous macam ni la jadinya.. rupanya bapak aku beli tiket AIR ASIA.. salah kaunter daa.. muka mula menebal secara mendadak!


Aku mengensot ke kaunter sebelah seperti tiada apa yang berlaku.. Lepas check in kat awek berbaju merah, aku terus follow rapat dengan passengers yang lain.. takut terkandas buat kali kedua.. tak rela memalukan diri sendiri lagi! Jadi selamat la aku berlepas ke Sarawak.. sehinggalah aku TERKENANG MASA DI OVER THE SEA pulak...


- aku pernah naik flight ni (^^,) -


11 Mitos:

Aleen Aiden said...

mengesot ke kaunter sebelah yg xtahan 2.lagi tambah malu!camane mengesot sambil bawak beg?ngehehe

Tapak Kaki said...

dah beg tu ada roda.. aku seret je la..haha

nabilah_2908 said...

nak pergi oversea lagi ke..? huhu..

jom ke APA KATA HATI pulak,
SPONGEBOB & PATRICK

Tapak Kaki said...

someday..perhaps!

Puteri Iqa Izyan said...

wah.nk ikot gak g obersea..
lalala~~

Tapak Kaki said...

boleh je.. dengan syarat sponsor tiket aku skali.hahaha

Musezafar GB said...

eleh, ko nak pergi sarawak pasal ko nak dating dengan kawan radzi kan?

hahaha..

Tapak Kaki said...

muse: ooouwh tidak.. jangan diungkit memori silam itu..wakaka

Yuni Aisyah said...

lawak la entry nie..ayat mengesot tu mmg kelakar..tergelak bila bace..hhaha..camne la agaknya awk mengesot??;D

bestnya dpt blj kt over the sea..=)

nosembilanbelas said...

aku dah jumpa tapak kaki!

Tapak Kaki said...

erkk..ang x da tapak kaki sendiri ke sampai cari orang lain punyer?wakaka