Pages

Friday, May 14, 2010

Saat di Halamanku

Sudah seminggu aku berada di rumah.. balik dari berkenala di tanah asing yang sering hujan tak kira masa.. kebanyakannya hujan di kala petang.. memang potong.. potong aku punya kaki mahu main futsal kat kolej perindu tu.. tak dapat nak berSOKAN..haha.

Bila dah balik kampung, mengingatkan aku yang hujan itu rahmat dari Tuhan.. bila hujan, kita nak panas.. bila panas kita nak hujan.. macam tu la resam manusia.. tapi semua itu bukan ketentuan kita.. ada hikmah di sebalik kejadian.. hanya yang berfikir sahaja yang mampu mengatahuinya..


Dah iklim macam ni, memang tiap-tiap petang la aku pergi main bola.. memang tidak menghampakan.. waktu petang memang best.. dapat keluarkan peluh.. tapi bukan setakat tu je, pagi, petang hatta malam pun berpeluh.. nak buat macam mana dah panas macam kat gurun sahara..

kalau aku dah kerja, air-cond tu aku pasang setiap cerok tingkap.haha.. melampau ar tu.. siapa pulak nak bayar bil elektrik tu nanti.. apa-apa pun panas itu juga satu nikmat Tuhan.. kalau asyik hujan, macam mana nak jemur kain kan?hehe..

p/s: Jadilah insan yg bersyukur! pesan dekat diri sendiri.. =D

1 Mitos:

oleen said...

Haa tau xper hang neyh..hehe