Pages

Friday, November 25, 2011

Pesan Khatib #8


Sempena dengan beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 1433 Hijrah, khatib mula berpesan:


Amatlah rugi seseorang itu jika makin bertambah tahun, makin berkurangan jangka usia, makin sedikit pahala.. dan amat bodoh sekiranya seseorang itu melangkau tahun baru tanpa mendapat manafaat atau sesuatu pengajaran baik dalam hidupnya..


Hidup kita sentiasa diuji dengan fitnah dan maksiat dunia supaya kita tenggelam di arus permodenan ini.. ajaran Islam makin dilupakan.. bukan sahaja dilupakan bahkan kita terus hanyut dengan dosa yang kita lakukan.. 


Khatib banyak memberi contoh dan persoalan kepada para jemaah supaya muhasabah diri antaranya:



  • Berapa banyak maksiat sudah kita lakukan?
  • Kita banyak mengikut dan terpengaruh dengan gaya  dan pemikiran artis dari mengikut sunnah dan ahli ulamak.
  • Berapa banyak ilmu agama yang kita sudah dalami?
  • Berapa banyak masa sudah kita bazirkan ke jalan yang jauh dari mengingati Allah?



Khatib juga memberi beberapa nasihat apa yang sepatutnya kita buat dengan kedatangan  tahun baru iaitu:  



  • Sentiasa bertaubat dan menjauhi gejala maksiat.
  • Sentiasa berdoa dan mengharapkan petunjuk dan hidayah dari Allah swt.
  • Sentiasa memajukan diri di dunia yang memberi kita kejayaan di akhirat. 



Khatib menyeru supaya lelaki berjuang di jalan Allah kerana mati syahid adalah satu-satunya tiket terus ke syurga tanpa hisab.. kaum perempuan juga  disarankan supaya mendidik anak-anak berteraskan ilmu agama dan menyuburkan keluarga dengan kebahagian, iman dan taqwa.. 


Khatib akhiri dengan khutbah kedua dan juga doa..






ps 1: moga dapat berkongsi sesuatu yang bermanafaat untuk kita semua..barakallahufikum. 
ps 2: khutbah kali ni khatib banyak mengajak para jemaah muhasabah diri dengan banyak persoalan.. aku ingat sikit.. maaf ye..

3 Mitos:

Mun said...

lagi beberapa hari je kita nak masuk tahun baru kan.. :)

aku pon suka je bermuhasabah diri dgn gunakan persoalan.. ia membantu kita supaya xleka dan tersasar jauh..

Unknown said...

terima kasih khatib!
eh!

Tapak Kaki said...

cik moon: muhasabah diri tu kena sentiasa buat untuk majukan diri..


puan diana: khatib cakap sama-sama.hehe