Pages

Sunday, November 27, 2011

Jemputan Kawin di Fesbuk


Sekalung tahniah buat kengkawan aku yang baru saje graduasi dari zaman bujang.. jangan nakal-nakal lagi macam dulu sudah.. ingat! korang dah jadi suami orang.. dah tak leh ikot kami membujang lagi la nampaknya.haha.. semoga korang jadi suami yang soleh..


*********************


Kengkawan yang kawin ramai dikalangan sekolah menengah dulu.. dan aku perasan tak ramai yang datang.. tanya si pengatin jawabnya hanya sorang dua yang datang.. pelik jugak aku.. tertanya-tanya..


"cuaca baik, hujung minggu lak tu.. ke mana la dorang ni semua..", mengharap aku ramai kengkawan sekolah dulu datang kenduri yang sorang ni.. buat reunion sekali ngan kenduri kawan patot dijadikan trend aku rasa.haha..


  
Ajak kawan datang kenduri guna fesbuk pun dah jadi trend jugak.. senang bagi yang mengajak, susah bagi yang diajak.. 'create event' then invite all friends @ upload kad jemputan kawin then tag kengkawan seramai mungkin.. simple! info pun sekadar nama pengantin, tarikh, dan alamat.. peta pun terlupa nak taruk.. kalau taruk pun rajin pulak orang nak lukis balik peta tu print .. tu pun kalau ada printer kat rumah..




Mungkin tu antara faktor kenapa ramai yang tak datang kenduri especially kawan sekolah aku.. kalau kasi kad jemputan kawin aku rasa lebih bagus dan senang untuk orang datang.. cuma ada cost la kat situ.. tak se-free fesbuk..




Bagi aku tak kisah pun kasi kad atau tag kat fesbuk.. sebab hadir majlis perkahwinan kengkawan ni satu penghormatan.. hari yang besar bagi kawan aku.. aku tak mau terlepas.. 




kalau boleh bila ajak ikot fesbuk tu letak la sekali peta ye.. nasib baik la aku masih ingat rumah dorang.. tu pun penah pergi masa sekolah dulu.. tak memasal pulak sesat tak jumpa rumah.. kasi alamat je.. ingat aku ni posman ke.haha..


apa pendapat korang??? mesti ramai kawan yang ajak pergi kenduri guna fesbuk kan..






ps1: Selamat Tahun Baru Islam 1433 Hijrah..
ps2: Selamat Pengantin Baru..



Friday, November 25, 2011

Pesan Khatib #8


Sempena dengan beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 1433 Hijrah, khatib mula berpesan:


Amatlah rugi seseorang itu jika makin bertambah tahun, makin berkurangan jangka usia, makin sedikit pahala.. dan amat bodoh sekiranya seseorang itu melangkau tahun baru tanpa mendapat manafaat atau sesuatu pengajaran baik dalam hidupnya..


Hidup kita sentiasa diuji dengan fitnah dan maksiat dunia supaya kita tenggelam di arus permodenan ini.. ajaran Islam makin dilupakan.. bukan sahaja dilupakan bahkan kita terus hanyut dengan dosa yang kita lakukan.. 


Khatib banyak memberi contoh dan persoalan kepada para jemaah supaya muhasabah diri antaranya:



  • Berapa banyak maksiat sudah kita lakukan?
  • Kita banyak mengikut dan terpengaruh dengan gaya  dan pemikiran artis dari mengikut sunnah dan ahli ulamak.
  • Berapa banyak ilmu agama yang kita sudah dalami?
  • Berapa banyak masa sudah kita bazirkan ke jalan yang jauh dari mengingati Allah?



Khatib juga memberi beberapa nasihat apa yang sepatutnya kita buat dengan kedatangan  tahun baru iaitu:  



  • Sentiasa bertaubat dan menjauhi gejala maksiat.
  • Sentiasa berdoa dan mengharapkan petunjuk dan hidayah dari Allah swt.
  • Sentiasa memajukan diri di dunia yang memberi kita kejayaan di akhirat. 



Khatib menyeru supaya lelaki berjuang di jalan Allah kerana mati syahid adalah satu-satunya tiket terus ke syurga tanpa hisab.. kaum perempuan juga  disarankan supaya mendidik anak-anak berteraskan ilmu agama dan menyuburkan keluarga dengan kebahagian, iman dan taqwa.. 


Khatib akhiri dengan khutbah kedua dan juga doa..






ps 1: moga dapat berkongsi sesuatu yang bermanafaat untuk kita semua..barakallahufikum. 
ps 2: khutbah kali ni khatib banyak mengajak para jemaah muhasabah diri dengan banyak persoalan.. aku ingat sikit.. maaf ye..

Tuesday, November 22, 2011

Sembang Si Peminat



Bermula pukul 12  semalam sampai lah sekarang:


1) ramai dok ucap tahniah dekat pasukan Harimau Malaya walaupun sebelum ni selalu tak berpuas hati dengan persembahan dorang..

2) orang kekal dok kutuk Ahmad Fakri Saarani (no. 13) walaupun dia penjaring gol tunggal yang melayakkan Malaysia ke final..


3) muncul bakat muda Muhamad Nazmi Faiz Mansor (no. 21) berumur 17 tahun yang memikat perhatian ramai peminat walaupun terpaksa mengorbankan peperiksaan SPM demi menggalas misi sukan SEA kali ni.. 


4) orang indonesia dok bergaduh sakan dengan orang kita dalam facebook sebab tak boleh terima kekalahan semalam walaupun perlawanan tersebut bagi aku adil dan bersih.. banyak komen dicemari caci maki carut marut..


5) dan..




Pendapat aku:


Kebanyakan peminat rata-ratanya mengharapkan persembahan menarik dalam masa yang sama nakkan kemenangan bila pasukan Harimau Malaya ni turun beraksi.. persembahan yang menarik tu macam mana?  kawalan bola yang kemas, hantaran yang tepat, first-ball yang betul, penyudah yang baik, game-plan yang bagus, mental yang kuat ditambah dengan kesungguhan para pemain yang bermain bermati-matian..  


Kalaulah team Harimau Malaya kalah di final semalam, aku masih lagi puji dengan 'persembahan' pasukan kita.. kalah menang belakang kira.. yang penting mereka dah tunjukkan persembahan yang mantap.. mereka dah bermain bermati-matian..


Sebelum ni peminat marah bukan disebabkan kekalahan yang ditanggung tetapi persembahan yang teruk.. main ala kadar macam tak trainning.. tu jek.. jika mereka teruskan persembahan semalam dan sentiasa perbaiki corak permainan, insyaAllah kita boleh pergi jauh dari sukan SEA mahupun AFF Suzuki Cup.. peminat akan sentiasa menyokong! Tahniah Harimau Malaya!




Sekian dari Stadium Gelora Bung Karno..





Friday, November 18, 2011

Pesan Khatib #7



Saiyidul Ayyam penghulu segala hari..


Minggu ini, ustaz khatib bersyarah berkenaan AKIDAH..


sinar Islam telah pun menyinari kegelapan di zaman jahili.. dari menyembah berhala, umat manusia telah kembali ke ajaran sebenar dengan mengEsakan Allah swt.. jika dilihat Islam di zaman sekarang, sinarnya semakin pudar..


Rasulallah menggambarkan umat akhir zaman (sekarang) seperti buih-buih di pantai.. walaupun kuantitinya ramai tetapi tidak pada kualiti.. akidah mereka semakin rapuh..


setiap hari ada sahaja gerakan memurtadkan umat Islam dan makin ramai yang berpaling dari ajaran agama.. perbuatan syirik juga memusnahkan akidah kita yang mana Allah akan kekalkan golongan syirik ini di dalam neraka dan tidak akan dimasukkan ke dalam syurga.. buat selamanya.. nauzubillah!




"AKIDAH TUNJANG UTAMA MUSLIM"



Ustaz Khatib juga menyeru supaya:




1) kita sentiasa memperkuatkan akidah kita dengan ilmu agama tidak lupa juga dengan teknologi terkini..  
  
2) seimbangkan di antara tuntutan dunia dan tuntutan akhirat..


3) sempena cuti sekolah ramai ibu bapa yang akan hantar anak-anak ke kelas tuisyen sebagai persiapan peperiksaan untuk tahun hadapan.. namun begitu diharap ibu bapa tidak lupa akan tuisyen akidah, tuisyen akhlak, tuisyen baca al-quran, tuisyen sirah & feqah anak-anak..




Ustaz Khatib mengakhiri khutbah kedua dengan doa untuk umat Islam sejagat..




ps 1: semoga dapat berkongsi sesuatu dari khutbah jumaat tadi.. barakallahufikum..
ps 2: bebudak bising sangat kat belakang tadi.. sama naik dengan suara khatib yang pakai microfon tu.aiiishh.. bapak kepada anak, nasihat lah sikit anak-anak tu ya.. peace no war!



Thursday, November 17, 2011

Sebijik Tahniah untuk Adikku



Nah, ambik tahniah ni dari abangmu!


Adik aku dari start exam UPSR sehingga lah sekarang (result dah keluar) dia punyer rilek buat muka cool tu memang aku suspek.. ada yang tak kena dengan hormon dia ke? ke cecair adrenalin dia bocor keluar jadi air liur? 




otai sangat dah barangkali.. 


study tak da la tekun sangat.. banyak mengadap komputer je aku tengok.. dok jaga ladang kat fesbuk tu lebih dari jaga dia punyer homework.. patotnya dia pun dapat 4A jugak sama macam aku dulu.. sebab sama malas kan.haha..




Kau punyer senyum suam-suam je..


Mak aku dari pagi tadi sampai la sekarang happy lain macam.. tak sehappy budak yang dapat 5A ni.. ye la kan.. bangga dengan anak yang berjaya.. rasa terbalas hasil dari hantar ambik anak dari sekolah.. dok urus makan minum anak pergi balik sekolah, dok ingat suh buat kerja sekolah.. akhirnya, senyum sampai tertidur jawabnya mak aku malam ni..




Aku doakan adik aku ni genius sampai ke tua la hendaknya.. harap berjaya dunia akhirat.. sila ikut akak dia yang sorang tu.. jangan ikut abang yang sorang ni sudah la..












Kau buat kami bangga.. syukur padamu ya Allah!



Tuesday, November 15, 2011

Bukan Takut tapi Kurang Percaya



Sedikit update pasal kakikanankusakit.. 


Kalau dibilang sudah 300 hari lebih kaki ni sakit.. sakitnya tak sama macam awal-awal dulu.. sakit geli-geli je.. pendek kata belum pulih seratus peratus.. haa. lama bukan.. nak dekat setahun jugak tu..  


Sepatutnya 13hb lepas aku kena masuk wad untuk bedah kakikanankusakit ni.. 
tapi aku call nurse yang arrange operation aku tu cakap saya tak mau datang.. selamba badak.. baik punyer keputusan aku buat.. aku rasa la..


Aku bukan takut nak kena operate.. 
cuma aku kurang percaya kat doktor tu.. senang-senang je dia cakap nak operate.. dia check kaki aku ala kadar pastu terus buat keputusan nak buat operation.. amboih, senang! dia ingat aku ni kena diabetis ke hape..


Title dia memang doktor pakar tulang.. 
kata pakar tapi tak kasi info pape pasal operation tu.. just tanya aku nak ke tak nak.. aku ni yang tengah blur nak sangat kaki ni sembuh cakap setuju je la masa dia tanya tu.. buat muka seposen.. nasib baik appointment tu buat sebulan lepas.. so, boleh la aku balik pikir tanya pakar-pakar lain..




Aku ada tanya lain pakar.. 
dorang pun terkejut kenapa doktor tu decide nak buat operation.. padahal aku leh jalan elok.. range of motion (rom) aku pun not bad.. terjejas sikit je.. tak teruk sampai kena bedah.. 




Sorry la doktor kononnya pakar.. 
saya tak nak dibedah doktor.. sepanjang saya di bawah pemerhatian doktor, tak pernah doktor tunjuk doktor seorang yang professional.. saya tak kisah menunggu doktor makan 2-3jam, yang saya kisah khidmat doktor yang hanya makan masa 2-3 minit je.. yang lain-lain tu tak mau lah saya cerita, nanti terbuka aib doktor lak.. 




dari aku emo, baik aku noktah sekarang.. sekian.





Friday, November 11, 2011

Pesan Khatib #6

11.11.11

DAULAT TUANKU
"ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG,RAKYAT DIPAYUNG, 
Patik merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim

******************************************************************

Khatib lebih kepada memberi syarahan dari sekadar membaca teks khutbah.. kagum di situ..



Sebagai mukaddimah khatib mengingatkan para jemaah sekiranya berlaku perselisihan dikalangan kita ataupun kita mencari sesuatu penyelesaian maka berbaliklah kita kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.. nescaya kita kita tidak akan sesat dalam mencari kebenaran dan petunjuk.. jangan dok google segala menda pulak..


Bersempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan kali ke-42 Tahun 2011, khatib mengimbau kembali sejarah perkembangan Islam di negeri ini..



Negara kita mengamalkan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.. di mana raja @ sultan menjadi ketua bagi setiap negeri dan juga ketua agama.. Sultan begitu aktif menyampaikan dakwah kepada rakyatnya.. Sultan Muhammad ke-1 pernah mendirikan madarasah yang dipimpin oleh Syeikh Abdul Halim dan mengumpulkan para pelajar yang pernah belajar di Makkah untuk megembangkan lagi ajaran Islam di negeri ini..


Sultan Muhammad ke-2 juga menyambung wasilah sultan terdahulu dengan membina Masjid Muhammadi  yang masih kekal sehingga ke hari ini, dahulunya boleh dikira sebagai universiti terbuka  bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu agama.. sememangnya masjid tersebut bertindak sebagai pusat ilmu yang terdiri dari para alim ulamak.. antara tokoh ulama tersohor yang pernah dilahirkan seperti Tok Kenali..


Khatib juga menambah,



Sekitar lewat  tahun 80-an di negeri Kelantan pernah menjalankan hukuman ‘kerat tangan’ bagi si pencuri seperti mana yang termaktub dalam hukum Allah (hudud).. “Taatlah kamu kepada Allah, kepada Rasul dan juga pemimpin di kalangan kamu”.. selagi mana pemimpin mentadbir berlandaskan syarak wajib untuk kita ikuti.. jika pemimpin berbuat sebaliknya, kita tidak wajib mentaatinya dan kita sebagai rakyat haruslah menasihati pemimpin..


Khatib mengakhiri syarahan dengan mendoakan untuk kebaikan al-Sultan dan juga semua umat Islam..  




ps 1: patik bertuah dan berbangga menjadi rakyat Tuanku..
ps 2: antara isi penting khutbah yang mampu aku ingat sebagai perkongsian kali ini.. .. barakallahufikum.. salam jumaat..

Wednesday, November 9, 2011

Mitos Baju Merah dengan Lembu Pakcik Kordi




Aku rasa raya qorban tahun ni dah tak macam tahun-tahun yang sudah.. rasa lain je..


Apa yang lain?!


Episod dikejar lembu qorban sebab pakai baju merah dah tak da.. dulu-dulu selalu jugak tengok lembu qorban kejar orang yang pakai baju kaler merah.. terutama si perempuan yang pakai baju kurung merah.. pandai pulak si lembu ni pilih jantina.. siap orang tua pesan lagi, nak pergi tengok lembu kena qorban tu jangan pakai baju atau seluar kaler merah ok.. underwear kaler merah tak dak hal.. boleh pakai.. kalau tak nanti kena hambat ngan lembu.. orang tua berpesan sambil senyum nampak gigi tinggal dua tiga batang..




Tapi sekarang dalam tiga hari ni aku dok tengok, round-round tempat qorban tak da pulak scene kejar-mengejar dengan lembu padahal ramai je buat rilek pakai baju kaler merah.. kejar lembu terlepas ada la.. kena kejar sebab pakai baju merah memang tak dak.. aku memang paling suka scene ni.. teringat masa kecik-kecik dulu ada budak pompuan kena kejar.. sambil jerit sambil angkat kain sampai paras peha.. takot punyer pasal..




Masa dok belajar sains darjah 6 bab haiwan dulu, pernah cikgu aku cakap yang lembu ni buta warna.. mungkin buta semua warna kecuali warna merah je kot.. tu yang lembu hambat yang pakai kaler merah je.. boleh gitu? kalau kita tengok dekat sepanyol ada sukan cucuk-cucuk lembu/seladang dengan pedang tu, si metador pakai kain kaler merah buat umpan.. nak si lembu tu datang tanduk bontot dia kot..hehe..












Korang jangan risau.. kes macam ni aku rasa tak pernah berlaku lagi di negara kita ni.. kat sepanyol ada la.. tu  pun memang dia sendiri cari pasal.. owned!






p/s: lembu pakcik kordi tak kejar orang.. sebab lembu dia sorang je boleh bercakap.. 

Friday, November 4, 2011

Pesan Khatib #5



Tadi khatib kat sini berpesan..



Sekarang kita sudah berada di bulan Zulhijjah di mana semua umat Islam sedia tahu bahawa Zulhijjah adalah bulan umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang ke-5 dan ibadah Qorban.. bulan ini juga mengingatkan kita kepada peristiwa Siti Hajar, Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail..


Bagi yang mengerjakan Haji, mereka akan wukuf di arafah pada 9 Zulhijjah dan keesokkannya 10 Zulhijjah kita semua menyambut Hari Raya Qorban.. 2.5 juta umat Islam dari setiap pelusok dunia sudah berkumpul di Makkah bagi memenuhi rukun Islam.. ketika ini, segala pangkat-darjat-harta-warna kulit-bangsa sudah tiada nilai di mata Allah.. semuanya sama.. seperti juga di padang mahsyar kelak..hanya amal ibadah kita sahaja yang dipandang Allah.. (khatib memang langsung tak sentuh pasal individu yang dikawal ketat oleh pengawal semasa menunaikan haji).. *bagi aku kalau tak rasa kesusahan semasa mengerjakan haji, takan rasa kemanisan disebalik ibadah tersebut..


Ibadah Qorban iaitu menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing @ bebiri (ayam/arnab tak termasuk walaupun angpa semua ternak mereka sejak kecil lagi).. dalam bahasa arab; al-an'am ini seharusnya sihat, tidak kurus, tidak cacat, cukup umur serta dimiliki sepenuhnya oleh si fulan yang ingin menjalankan ibadah tersebut.. disunatkan si fulan sendiri yang menyembelih ternakan tersebut..


Khatib juga ada pesan lagi..



Pada Hari Raya Qorban tersebut kita juga disunatkan sembahyang hari raya.. (kat sini tok imam suruh datang pukul 8 pagi. kat kampung korang tak tahu lah).. Selepas mandi sunat hari raya (jangan lupa niat), pakailah pakaian yang kemas lagi cantik dan bersegeralah ke masjid.. jangan makan terlebih dahulu.. disunatkan breakfast (lemang, rendang, nasi impit semua tu) disarapkan selepas balik dari masjid.. selepas selesai khutbah, kita juga disunatkan bermaaf-maafan sesama kita jiran tetangga..


khatib akhiri dengan khutbah kedua serta doa..bilal dah ready nak iqomat..




p/s: skrip di-olah.. aku amik isi penting je.. harap dapat berkongsi sedikit sebanyak.. barakallahufikum..


Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Toteli Ridikulus





Ada beberapa benda yang buat aku menyampah tahap beg plastik sampah kaler pink..


Lebih kurang dekat 100 perkara yang toteli anoying tapi takat 2 perkara je la yang aku letak kat sini..cekedisout yok!






Yang ni memang selalu mendapat tempat pertama.. kadang-kadang terasa nak baling je remote kat tivi.. nak pulak menda biru ni kuar sampai aku miss tengok gol score.. astro, ko dah la cekik darah, service pulak macam nih..aarggh!







Yang ni pulak tak berapa nak johan sangat la sekarang.. dulu-dulu tu mungkin sama naik dengan yang kat atas tu.. tu sebab aku dah gantikan router yang baru.. yang lama aku dah simpan elok-elok dalam tong sampah..




* permulaan bulan baru, patotnya dimulakan dengan entri baru..sekian.