Wednesday, December 23, 2009
Meneropong Usia
sepatutnya di usia 24 tahun, aku akan bergelar seorang PEGAWAI SUKAN.. tapi nasib tak menyebelahi aku.. Encik Nasib la punya pasal ni.haha.. mungkin betul apa orang-orang tua cakap menuntut ilmu biar dari rebung hingga ke liang lahad.. sebab itulah aku masih bergelar Pelajar di usia 24 tahun.. dan mungkin sampai aku meniti usia 78 tahun aku masih bergelar Pelajar.. aku menyahut tuntutan tersebut!
kawan-kawan sebaya aku sudah mengorak langkah ke alam pekerjaan.. sedang membina masa depan yg cerah.. tambahan pula ada kawan aku yg baru sahaja membina "rumah tangga - tingkap pintu lantai" yg bahagia.. walaupun beliau sering menerima dugaan yg pelbagai, yg tak putus-putus menimpa, memang langsung tak diundang dan bukan calang-calang dugaan tapi beliau tetap berjaya mengatasinya dengan sabar.. sejujurnya beliau memang sumber inspirasi hidup aku!
namun begitu, aku harus bangkit dari kesilapan lepas.. harus bangun mencipta kejayaan demi masa depan.. hidup sekarang bukannya senang.. tanpa usaha, aku takan dapat apa-apa meskipun di dunia malah di akhirat.. aku bukan remaja lagi.. usia aku makin meningkat.. keadaan sudah berubah.. jadi sedarlah wahai AKU!
p/s: memotivasikan diri menyanggah negativiti!
Monday, December 21, 2009
Friday, December 11, 2009
jom tanya result orang...
p/s: Apa dilarang membuat comment di entri ini.haha
Sunday, December 6, 2009
Untuk Apa...?
untuk apa...
sekian lama aku laksanakan tanggungjawab aku di rumah ni, kini sudah tiba masanya untuk aku berhenti seketika.. hanya seketika kerana aku yakin pada suatu hari nanti aku pasti aku akan memikulnya kembali.. kurang dari 24jam mak ayah aku akan sampai di rumah.. pulang dari menunaikan rukun Islam yg ke-5..sekarang mesti mak ayah aku sedang berada di ruang udara Lautan Hindi..
kepulangan mak ayah aku dengan penuh pengharapan.. harapan setelah menaburi doa-doa semasa di Tanah Suci.. Mengharapkan kejayaan untuk anak-anak mereka.. yg paling penting mengharapkan anak-anak mereka berubah menjadi seorang yg berguna.. namun begitu, aku masih bingung dengan sesuatu..
fikir apa..
adakah aku laksanakan tanggungjawab aku dengan baik? ikhlaskah aku? layakkah aku bergelar abang kepada adik? anak jenis apa aku ni? apa yg dah aku buat sebelum ni? macam mana aku nak terangkan hal tu nanti?
fikiran aku kusut tapi aku tetap bersyukur kerana mak ayah aku sihat walafiat pulang ke tanah air..
Monday, November 23, 2009
Cerita Desa
dalam dok layan kecewa aku tak dapat main banjir, aku ternampak 'seekor' binatang peliharaan atok aku yg baru dibela.. nama beliau PELANDUK.. walaupun beliau binatang tapi bentuk badan beliau lain sikit.. eh,mungkin lain banyak kot.. tak macam binatang yg lain.. mungkin beliau ni bukan binatang tapi bintang kot.haha..
nampaknya beliau ini bukan binatang yg biasa.. binatang made in china.. khidmat beliau diperlukan oleh pesawah macam atok aku.. atok aku ada suruh belajar bawa si pelanduk tu.. nanti boleh tolong dia kat sawah.. erk, mana aku ada lesen memandu pelanduk (alasan je tu).. tak sabar aku nak drive pelanduk ni kat sawah.. yeehaaa!!!
Uji Pandu Beliau
Monday, November 16, 2009
Baik Punya Pakej
aku cuba tidur awal semalam.. bila dah terlelap disebabkan pengambilan pil yg disyorkan ahli farmasi bertauliah, handphone aku pula berbunyi.. pergh, potong habis.. makcik aku telefon rupanya.. dia bagitau yg elaun praktikal aku sudah kuar.. tunggu masyuk dalam peti cash deposit je..yeah.hehe.. yg kelakarnya aku cakap la kat makcik aku tu, "awal bangun hari ni, apasal?".. makcik aku ketawa terbahak-bahak.. rilek je dia sounds aku balik, "bangun apanya, orang baru nak tido. baru pukul 12 midnite la".. haha..terkena aku.. aku mamai sesudah terjaga mengejut..rupanya aku baru tidur sejam..dah macam tidur seharian.. aku ingatkan dah subuh..aiya.. =D
nak sambung tidur balik dah tak dapat.. humph, aaargghh..sakitnya!
aku terbaring, tergolek dan mengerang sampai subuh.. lepas solat subuh aku terus hantar adik-adik aku pergi sekolah.. sakit masih tak reda.. malas nak pergi jumpa dentist.. leceh nak kena buat appointment. tapi pagi esok aku dah nekad nak pergi jumpa dentist.. dah tak sanggup tahan azab sakit gigi ni lagi..
hari ni juga dah mula petang yg membosankan tanpa buat rutin paling tetap dan utama aku.. tak dapat aku nak pergi main bola.. kaki dah melecet teruk.. jadi aku dok rumah menyesali dan memikirkan kenapa la tiap-tiap kali aku pakai kasut baru kaki aku akan melecet.. ada sesiapa tahu???
Thursday, November 12, 2009
Ani Sup Utara Kini di Kelantan
sempat mata aku singgah ke dalam ruang restoren tu.. nampak macam baru buka.. wah, ini dah dikira bagus.. setahu aku restoren ni cuma ada kat shah alam je (sebab aku dok pegi shah alam je,jadi tak tahu la ada ke tak kat tempat lain).. yg bagusnya ada lagi satu cawangan akan dibuka berdekatan dengan rumah aku.. pergh, sekali buka terus dua restoren.. ni yg buat aku teruja nak pegi meratah nasi kat sana.. tak sabar nak 'spy' restoren tu.haha..
nasib aku memang baik.. 3 hari lepas mak sedara aku datang singgah di rumah.. dia ajak makan kat luar..mau belanja katanya.. hooray!!! apa lagi, cepat-cepat la aku ajak dia pegi makan kat ANI SUP UTARA CAWANGAN BEREK 12 tu.. walaupun rasa makanannya sama sedap dengan yg kat shah alam tu tapi interior design restoren ni lebih cantik.. makanan yg pelbagai dengan harga pun berpatutan.. yg pasti korang kena rasa nasi ayam tu ok..
yg aku musykil orang kelantan tahu ke pasal restoren ni sebab first time ANI SUP UTARA buka kat sini.. aku tengok tak ramai orang datang kat sini.. sebelum balik sempat aku bersembang dengan pemiliknya.. peramah la katakan. selamba aku sapa dia.. sembang punya sembang rupa-rupanya cawangan ni dibuka seminggu sebelum bulan puasa hari tu.. lebih kurang baru 4 bulan beroperasi.. boleh dikatakan belum establish lagi..
oleh kerana entry ni merupakan promosi free of charge jadi aku menyeru kepada semua rakyat kelantan, para pelancong dan sesape yg singgah di negeri ini, datanglah ke restoren ANI SUP UTARA CAWANGAN BEREK 12 dan CAWANGAN KUBANG KERIAN (akan dibuka) beramai-ramai ok.. :D
p/s: harap-harap aku dapat special price dengan promosi ini.haha.. =P
Sunday, November 8, 2009
Bola Sepak Kelantan Kini
Semalam baru sahaja tamat Final Piala Malaysia di antara Kelantan melawan Negeri Sembilan.. sebagai peminat bola sepak, tak sah sekiranya aku tak bagi 'kata-kata aluan' sempena final semalam.. selaku wartawan sukan untuk akhbar BOLOS, aku mesti kena buat laporan kan..haha (poyo)..jadi, tulisan ini hanyalah pandangan aku semata-mata..jangan la ada orang yang tak puas hati lalu menyaman aku.. harap-harap tak ada tawaran untuk belasah aku..hoho..
jika dilihat dari final piala malaysia mahupun final piala FA, apa yg aku boleh cakap kini dah makin ramai yg meminati malah meng'gila'i sukan bola sepak tempatan kita(harap-harap penyokong kelantan tak 'gila')walaupun kejadian semalam banyak aksi-aksi 'gila' dilakukan..
besar juga impak dari kekalahan pasukan kelantan semalam dengan 3 gol berbalas 1 sahaja..dari kedai kopi ke kedai gunting rambut ke kedai jual burger ke padang bola sehingga ke sungai golok semua orang dok bercerita pasal kekalahan yg memalukan tu.. ternyata rakyat kelantan semua kecewa dengan kekalahan tersebut.. tambah memalukan dengan kejadian membaling botol, membakar mercun dan membakar seat stadium.. nasib baik la stadium kelantan tak ada seat macam tu, kalau tak confirm diorang ni bakar habis semua..
tak kira samada orang tengok secara live di tv1 atau di stadium bukit jalil, mereka akan lihat 'keganasan'.. penyokong ganas..pemain pun 'kasar'.. mungkin penyokong kelantan tak dapat menerima kekalahan berterusan selepas kecundang pada Selangor di final piala FA.. marah bercampur kecewa menyebabkan mereka berkelakuan ganas.. orang tua cakap marah tu tandanya sayang..rupanya mereka ni sayang sangat pada bola sepak kelantan sampaikan mereka tidak sedar dalam masa yg sama mereka sudah memalukan negeri sendiri.. terimalah kekalahan dengan hati yg terbuka..
pelbagai sebab diberikan atas kekalahan ini dan yg paling menggelikan telinga adalah kelantan kalah disebabkan ada pihak yg mengatur perlawanan.. dikatakan kemenangan sengaja diberikan kepada Negeri Sembilan sempena Yang Dipertua Negeri Sembilan yg baru sebagai hadiah.. sumber yg meragukan..kabar angin ini diperkuatkan dengan peringatan dari kawan aku yg selalu 'main judi'.. "kalau nak bertaruh malam ni, ko letak n9 menang 3-1", kata beliau.. sebenarnya aku malas nak percaya dengan menda macam ni.. bukan apa, cuba korang fikir..takan la pasukan kelantan yg dah berusaha gigih untuk masuk final nak persiakan usaha mereka dengan memperjudikan perlawanan semalam.. harap semua ni tak betul walaupun aku rasa logik je menda ni kalau nak jadi..
apa-apa pun dari mata padangan aku, pasukan kelantan dah banyak peningkatan dan mampu pergi jauh.. setelah sentuhan 'rebranding' dari Tan Sri Anuar, sudah banyak pembaharuan di buat pada pasukan kelantan ni..aku harap Red Worriors sentiasa positif dan menjadi yg terbaik di antara pasukan yg lain.. walaupun kalah aku tetap bangga kerana Kelantan berjaya masuk ke final.. sekian laporan dari Stadium Bukit Jalil..BOLOS saja dinding itu!!!
>>>> Dialog pilihan hari ini
Di suatu tempat bernama kedai kopi
Pak Chu: hurmph.. ambo abih tei gi stadium nok sokong puok kito main bola..
Pak Mail: kawe tengok tibi jah..teruk aloh pok kito..kalu kawe main tobak mene..
Pak Chu: hahaha..jolo doh tu..seghok soro kawe dok soghok smale.. tok ngapuh gi..
Mek Nab: laaa..patut la gege smale.. ado gapo eh? (celah Mek Nab)
Pak Chu & Pak Mail: erkkkk...tok kembe sungguh mung ni..
p/s: ada juga orang kelantan tak tahu semalam final piala malaysia.. mesti mek nab tu dari Siam..haha.
* Gambar dicedok dari http://www.kosmo.com.my
Friday, November 6, 2009
Sajak: Awanan Hujan
Hidupku sudah kelainan,
kesan dari perubahan alam,
ku sangkakan panas hingga ke petang,
rupanya awan nak turunkan hujan.
Sudah seminggu hujan tak reda-reda,
pegi beli gula pun kena naik keta,
dah lama motor duduk terbiar,
langsung tak leh kuar bersiar-siar.
Hujan yg menyimbah bumi,
aku nak jemur kain pun tak jadi,
baju kotor dah berbaldi-baldi,
nak pakai baju pun dah tak da lagi.
Bila dah hujan macam ni,
nak main bola apa lagi,
tak yah gatal-gatal nak pegi,
dok umah sudey tgk tivi.
Dah hujan tak henti-henti,
kalau tido syok jugak ni,
confirm leh tido mati,
dari malam sampai ke pagi.
Hujan oh hujan,
orang naik motor la paling kesian,
memang lumrah alam menjanjikan ujian,
bersabarlah kita sebagai insan.
p/s: karya asli yg merapu di kala hujan..aku dah tak tahu nak buat apa..macam ni lah jadinya..erkkk!!!
Tuesday, November 3, 2009
Dugaannya
pengompos: si lincah juga
ini cerita bukan pasal budak nak jadi askar..tapi cerita aku nak jadi angkasawan..haha..sebenarnya sesuatu terjadi pagi tadi..seperti hari-hari yg sudah, rutin selepas solat subuh aku pegi antar adik-adik pegi sekolah.. punya la selamba turun rumah kul 7.. sekali aku start keta tak hidup..dengan tenang aku start..aku mula cuak bila dah masuk kali ke-3 aku start tak hidup...dah la adik-adik aku ada exam hari ni..aduyai..
aku rasa mesti bateri dah kong sebab tekan hon pun tak bunyi..hurm.nak dijadikan cerita, keta satu lg tu pun tak dapat start jugak..masalah yg sama. bateri tak berkuasa..semua jadi wasted car.hehe..for exhibition only..satu hal pula nak repair keta ni..aku sidai kat garage baru tau..berani lak aku nak buat macam tu.haha.. :P
at last aku tebalkan muka minta tolong ngan jiran belakang umah yg ada anak cun (cewah) untuk tumpang adik-adik aku ni..sempat lg aku usha anak dia masa antar adik aku pegi umah dia.haha..kiranya satu masalah dah setel.. adik-adik aku selamat pegi sekolah untuk jawab final exam..sama macam kawan-kawan aku kat UiTm skang..semua orang nak jawab final exam..they like it.hehe..
masalah yg kedua; macam mana nak betulkan kedua-dua keta ni.. takan nak biar tersidai kat garage je.. jadi pagi tadi aku buka bateri tu dan terus antar pegi kedai.. mulanya pomen tu suruh tukar baru.. $$$$$..RM 155 katanya dengan melempar senyuman manis..hoho..nak cekik darah aku la tu.. aku suruh dia charging je dulu..kalau charge baru 5 ringgit..nanti kalau tak dapat pakai juga baru aku beli baru.. harap-harap tak melayang duit aku yg tengah pokai ni..aku setelkan keta kancil dulu.. keta wira aku sidai.hehe..save bajet..
Friday, October 30, 2009
I Owned That
aku melalui hari dengan penuh pengharapan.. aku tak peduli dengan apa yg akan terjadi pada hari esok.. aku berusaha hidup untuk hari ini sahaja.. hari yg tiada perubahan.. hari meninggal hari..hari demi hari.. walaupun begitu apa yg aku buat hari ini mesti ada kesannya di masa akan datang..sudah menjadi resam..buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..jika usaha sedikit dapat sedikit, jika usaha lebih, dapat pun lebih..kadang-kadang resam tak semestinya mengikut adatnya.. jika terjadi sebaliknya itulah dipanggil ujian..
setiap balasan dari Tuhan adalah seadil-adilnya.. balasan dari manusia belum tentu hitam putihnya.. manusia yg diberi kuasa akan terus berkuasa..yg berkuasa tak selalunya betul.. ketika di bawah banyak pula mengata itu dan ini.. serba serbi tak kena.. bila di atas mula lupa diri.. sudah lupa asal diri..ego menggunakan kuasa.. tak sedar yg diri sudah menindas.. marahkah aku?
apa yg tersurat dan yg tersirat akan aku tunggu sehingga terungkai supaya aku lebih menerima dan mengerti.. hikmah di sebalik musibah ini semestinya tak terjangka.. hanya siapa yg memikirkan dan diizinkan-Nya baru mengetahui hikmah tersebut.. sesungguhnya orang yg mengadili akan juga diadili.. hanya masa sahaja yg menentukan..
"Mata yang memandang, otak yang memikirkan, hati yang merasa, jiwa yang meronta!"
Wednesday, September 30, 2009
Duit Raya utk Korang
Peringatan! Jangan sesekali menggunakan duit tersebut di Malaysia.. kalau kena tangkap tanggung sendiri..kalau nak pakai sekali pun kena pegi kat Money Changer dulu ok..selamat bershopping =D
-ikhlas dari si lincah-
Monday, September 28, 2009
Cerita Raya
hari ini dah 9 syawal bermakna korang dah beraya sakan selama 9 hari.. dan hari ni juga adalah hari pertama bekerja selepas semua kuih-biskut-kek raya korang habiskan.. duit raya pun turut korang pungut habis-habisan dekat saudara-mara korang..nak minta dengan jiran tetangga rasanya dah tak tergamak korang nak buat..buat malu diri sendiri je.. ada juga yg dulunya dia suka kutip duit raya dan kali ni dia pula yg kena bagi duit raya..padan muka korang.haha.. sape suruh kerja awal-awal.. lain kali kalau ada budak-budak yg datang nak mintak duit raya korang cakap la baru kena buang kerja ke, masih menganggur/belajar ataupun cepat-cepat korang paw duit raya budak-budak tu sebelum dia tadah tangan depan korang.haha..
aku pelik betol dengan budak-budak zaman sekarang ni..macam-macam..pelik-pelik..ada ke patut datang rumah orang semata-mata nak kutip duit raya je.. masuk rumah orang dah la tak bersalam, pastu tercegat je depan pintu.. jemput makan tak mahu..jemput minum pun tak mahu.. uiks, aku dah naik pelik.. berkerut dahi aku..humph!!! nasib baik la makcik aku panggil suruh kasi duit raya kat budak-budak tu semua.. yg tak tahannya lepas dapat duit raya terus budak-budak tu angkat kaki balik..hoho. memang sah, CETI punya budak!!! aduhai, apa la nak jadi kalau gaya mereka macam ni.. aku sempat tengok ke mana budak-budak tu semua pergi selepas tu.. diorang cari rumah sesape je yg ada orang.. rumah cina india diorang tak pergi..NO ANGPAW from them.haha.. diorang akan tanya; boleh tak kami nak datang beraya?
kalau sesape yg baik hati memang tak tergamak nak cakap tak boleh.. yg datang bukannya sorang dua.. sekali datang 10 orang.. fuhh,jenuh jugak mau melayan..nasib baik la tuan rumah tak tahu siapa mak bapak diorang..kalau tak, malulah dibuatnya..datang beraya sebab nak duit raya je..selalunya orang akan cakap; biasa la tu,budak-budak kan..tapi mak bapak kena la ajar anak-anak beradab kalau nak pergi rumah orang..tak gitu???
apa-apa pun raya tahun ni best walau kejap je berada di kampung..apa yg best aku pun tak tahu..main cakap je tu.haha. sebab hari raya kan,mesti orang cakap best.. mungkin yg best raya tahun ni aku masih lg boleh main mercun..dah la dapat free. gila best..kuat tak ingat meletop..dah macam bunyi kat Gaza.hoho..berbekalkan pengalaman 12 tahun bermain mercun, aku dah kira otai ok..haha. nasib baik la raya tahun ni kami tak sempat nak buat meriam buluh@meriam tanah..kalau sempat, korang pikir lah sendiri apa jadinya :D
p/s: cuba teka berapa duit raya aku dapat tahun ni?
Saturday, September 19, 2009
Perginya Ramadhan Datangnya Syawal
sebelum tibanya syawal, cuba ingat korang dah bayar zakat ke belom? wajib tau bayar zakat.. nanti fitrah korang tak sesuci macam orang-orang yg dah bayar zakat..sebut pasal zakat ni teringat lak aku masa tolong atuk aku kutip zakat dulu.. best gak la walaupun kejenya menunggu orang datang masjid.. dari pagi bawa ke petang kaunter zakat aku jaga.. semua resit aku yg tandatangan.haha.. besar tak pangkat aku.. macam sign cheque lak kan.. kadang-kadang orang tak nak duit bagi , diorang kasi aku..aku anggap je itu sebagai tips.hehe. tak da la banyak pun..sekadar 2, 3 hengget je..tapi tu belom termasuk duit upah kutip zakat..seorang amil lah katakan..penuh jugak kocek aku bila setel semua urusan zakat menzakat ni..bukan songlap ok.. halal puyer tau..kayo pok cik den ni haa..tp sayangnya atuk aku sekarang dah pencen.. hilang sumber pendapatan aku.hehe..
dari pengalaman aku beraya ni tak da la buat aku rasa gembira sangat..banyak perkara yg membuatkan aku cakap sedemikian..tak perlu lah aku cerita semuanya..untuk raya kali ini aku cuba bersikap positif'.. sedaya-upaya aku, tapi perkara sama je terjadi tiap kali aku balik beraya.. buat spoil mood aku je..kadang-kadang terasa baik tak payah aku balik beraya..buat sakit hati je.. aku ingatkan mereka ni dan berubah masa ketiadaan aku di rumah tetapi keadaan sekarang seolaah-olah makin teruk..tiada apa yg berubah.. terus hilang mood raya aku..humph!
walau apa pun yg terjadi biarlah terjadi.. apa yg aku boleh buat hanyalah sentiasa mengharap.. mengharap suatu hari nanti keadaan akan bertambah baik.. sempena dengan kedatangan syawal pada malam ini, aku ingin memohon maaf atas segala dosa-dosa ku pada mu..salah silap harap dimaafi.. apa yg tak berkenan dihati-mu harap dilupakan..makan minum ku harap dihalalkan..kata tutur ku yg kasar jangan simpan dalam hati..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..
p/s: aku berdoa agar di luar sana masih ada 'harapan' buat aku..
Monday, September 14, 2009
Count Down Begin
apa la yg buatkan aku rasa lain macam utk sambut raya tahun ni.. mungkin aku puasa penuh kot tahun ni.haha.. tapi jangan lak cakap aku tak puasa penuh tahun-tahun yg sudah.. seperti raya sebelum ni, memang aku tak buat apa-apa persediaan pun.. raya macam gitu je.. ala kadar.. yg paling penting, pegi solat raya then kutip duit raya dengan pakcik dan makcik aku.. tak penah kurang dari seratus laa utk first round mengutip.haha..kayo kawe boh.. :D
apa-apa pun pada kawan-kawan yg balik kampung utk beraya bawa keta elok-elok.. safety first.. macam aku ni lagi la.. bawa 'passengers' dan 'baby on board'.. besar tanggungjawab tu kan.. lebih kurang macam cite 'transporter 3'.haha.. dari shah alam ke kota bharu memakan masa 8 jam juga mau sampai.. kalau jalan 'jam' lagi la lambat mau sampai..naik kematu punggung aku nanti..kadang-kadang amik masa 13 jam juga mau sampai.hoho..bolehkah anda bayangkan betapa seksanya berada dalam kereta tersebut??
Pesanan dari penaja :~
1- jangan lupa servis keta..check tayar ada angin tak?
2- suis kat umah dah tutup ke? Cermin tingkap pun sama..tutup ok. Kunci grill..
3- jangan lupa bawa balik baju raya..nnti tak beraya lak korang..
4- kuih raya pun bawa balik.. nnti tak da makanan nak bagi tetamu makan..
5- tido cukup-cukup sebelum memandu balik kg. at least 12 jam..haha..nnti korang ngantuk masa bawak keta..
6- buang sampah sarap dalam tong besar kat luar rumah..nnti penuh berulat la umah korang balik dari kg..
7- bawa laptop balik kg.. nnti senang mau send ucapan raya. Antar kat facebook sudey..
8- bla..bla..bla..bla..
9- rancang dulu sebelum balik.. nak balik bila? dan ikut mana?.. dah korang nak pegi johor, takan korang ikut highway karak..mesti la ikut plus kan..aku ikut driver bus je.haha..
p/s: hari rabu aku dah tak masuk office..yeayy!!!
Friday, September 11, 2009
Lagi Edisi Back to School
selama dua jam dok menyelam dalam dunia tanpa sempadan, aku pun menapak pegi ke bilik supervisor..alamak..langkah kiri rupanya.. ada tetamu dalam bilik beliau. terpaksa la aku menunggu kat luar bilik.. tambah lagi 1 jam lebih.. baru la aku dapat jumpa dia..hurmmmm..
sepertimana yg disangka, second proposal aku ditolak dengan alasan bla.bla.bla.bla..
aku cepat-cepat propose tajuk yg ke-3 kat dia.. dia tengok-tengok kejap then "ok,saya terima tajuk yg ini." fuhh, lega... ayat positif yg pertama keluar dari mulut beliau.. TQ sir.. apa yg aku perlu buat sekarang ni adalah mencari journal yg berkaitan dan juga questionnaire yg sesuai.. jadi sesiapa yg ada journal yg berkaitan dengan - the effectiveness of shirt sponsor among football audience - tolong bagitau aku dengan segera ok.. ganjaran sungguh lumayan menanti anda sebagai balasan..haha. kalau ada orang nak tolong aku carikan journal tu pun boleh juga.. lagi cantik!!! :D
p/s: aku akan tulis edisi ni sehinggalah siap aku puyer research..mungkin siap bulan 11, mungkin tahun depan dan mungkin juga utk selama-lamanya..haha..
tq pada penghuni umah black kerana bagi aku tumpang berteduh..
-to be continue-
Thursday, September 10, 2009
Edisi Back to School epi-2
semalam sempat pula aku singgah JJ bukit raja..cuba teka aku buat apa..bukan shopping raya.. tapi aku pegi tgv tengok citer final destination.. masih awal lagi mahu shopping baju raya(macam la aku penah beli baju raya)..hampeh gila citer tu. sungguh tidak sedap mata melihat..boring..ntah pape..bla.bla.bla..saje je pegi melepak kat tgv tu.. release stress la konon lepas kena basuh ngan supervisor..tp tertengok pula citer bosan. hurm..apa la nasib..hari semalam adalah sad ending.. look for today..???
-the end-
Friday, September 4, 2009
Rempit v3
buat pengetahuan anda, semua babak ngeri yg dilakukan tanpa menggunakan khidmat stuntman, ok.. kaki+tangan aku sendiri yg buat..yeah!! nsb baik la aku berjaya tamatkan adegan ngeri tu dengan selamat walaupun nyawa aku diancam oleh batu-batu yg terpercik dari tayar lori tersebut. tambahan pula ancaman dari kereta/motor yg memotong di double-line yg bertentangan dan yg melanggar lampu isyarat merah.. sipi-sipi je lalu sebelah motor aku.. jangan diorang 'terciom' motor aku dengan 'tersengaja' sudah la. mau melambung 100km/h aku nanti..mati dalam semak tepi jalan pun tak ada orang yg tahu.. gua belom kawin lagi beb..mara bahaya betol..
Thursday, September 3, 2009
Edisi Back to School
sebenarnya aku ada appoinment dengan supervisor. sebab inilah yg meenyebabkan aku back to school.. punya la lama aku berdiri depan pintu beliau.. bukan kerana pintu terkunci tetapi lutut dan jantung aku yg menggigil. sungguh takut.. aku dah malas nak beremosi lagi, jadi aku terus ketuk dan terjah je bilik beliau. macam edisi terjah melodi gitu.. nampak je muka aku, beliau cakap "haaa din" (sambil gelengkan kepala).. lagi la bertambah ke'cuak'kan aku.. tapi sempat je aku control muka selamba.. apa tidaknya, sebelum pergi jumpa dia aku dah bersiap sedia jiwa dan raga untuk dengar ceramah/bebelan/kemarahan/teguran/nasihat beliau.. duduk je atas kusi aku tarik nafas panjang-panjang..
aku rasa lambat je jam berdetik.. sedar tak sedar aku dah 1 jam dalam bilik beliau. semuanya yg beliau cakap aku amik positif walaupun aku ada dengar ayat "aku x dapat luluskan ko puyer proposal kalau macam ni. kena extend juga sem depan nampak ye"..hoho. manis betol ayat tu aku dengar.. terima kasih kepada beliau (hati panas).. setelah sejam lebih berlalu, jadi selesai sudah edisi back to school kali ini.. i have a due date to catch up.. so, no more rest for this weekend.. gambatte kudasai!!!
Wednesday, September 2, 2009
Rebrand The Blog
tengok tajuk macam gempak jer.. sebenarnya aku cuma nak hebahkan yang blog aku baru di-update-kan. selesai sudah misi tak berapa mustahil yang mengambil masa 2 hari bekerja.. maksudnya blog aku sudah berwajah baru.yeayy!!! walaupun tak ada orang mengintai blog aku ni apatah lagi mahu mengayat di "ayat si pengintai" yang aku sediakan khas buat korang, aku tak rasa kecewa mahupun bersedih.. maintain je emosi ni sebab memang pada asalnya aku buat blog ni untuk diri sendiri..like talk to my self actually.. tak dinafikan memang ada yang sudi membaca segala bebelan aku dalam blog ni. cuma mungkin beliau tak tau nak komen apa. tak da hal.. janji beliau hepi :D
p/s: Sedangkan Kaspersky Sentiasa Kena Up-to-date, Inikan Pula Blog Aku..bla..bla..bla..
Sleeping Quality
nak tak nak aku bangunkan juga badan seberat 70kg ni untuk bersahur.. bila aku dah mula bangun bermakna tiada lagi waktu tido selepas itu sehinggalah malam karang. walhal pernah juga aku curi-curi tido dalam ofis.. itu pun sebab dah mengantuk tahap dewa. kalau aku terus ignore rasa mau tido tu mungkin akan memudaratkan aku kelak. ish ish..bahaya tu. bak kata sami vellu don't sleep and drive. buatnya masa drive balik keje tu tertido, haa naya gua cakap sama lu. so kena juga la aku tido dalam ofis (alasan semata-mata).haha..
bila dah kena penyakit sleeping disorder ni, teringat la pula masa tido dulu-dulu. cukup nyenyak, siap diulit mimpi indah lagi..paling kurang pun aku tido dalam 5 jam beb.. sekarang ni susah mahu memaksimumkan masa tido aku.. semalam pun aku tido hanya 2 jam sahaja. itu pun sebab main futsal kat shah alam. balik lambat.haha.. sekali-sekala balik lambat sebab bersukan apa salahnya.. jadi nasihat aku pada korang yang sengaja tido lewat jangan la buat selalu. bila dah Tuhan tarik nikmat tido baru korang tahu. (Ya Allah, kembalikan lah nikmat tido padaku)..
p/s: Tidurlah Kamu Sebelum Tuhan tidak sedarkan Kamu Dari Tidurmu.
Tuesday, September 1, 2009
pening kepala otak ni..
Pagi yg Sempurna
bila aku buka pintu umah pagi td, cahaya belom muncul. pagi yg gelap rupanya2 dilindungi oleh awan komulonimbus. aku macam mengigau bangun waktu malam.. baru 1KM perjalanan hujan lebat menimpa bumi. nasib baik aku go-head dengan kereta pegi ofis hari ni.. kalau naik kapcai, kuyup baju gua beb. sesampai je kat ofis, hujan dah mula reda. bumi dah dipancari matahari. sungguh indah pagi ini. rasa macam kat syurga dunia. kalau tiap2 hari macam ini pun bagus juga. tapi kesian la sesape bawak motor pegi keje @ antar anak pegi sekolah. janji pagi ni aku dapat menikmati pagi yg sempurna.
sehari selepas "birthday" sebuah negara bergelar Malaysia...
betapa tak meriahnya sambutan kemerdekaan tahun ini. semalam aku ada dengar berita, "sambutan tahun ini disambut dengan sederhana" berikutan bimbang dengan virus H1N1, dan demi menghormati bulan mulia Ramadhan. yg bagusnya, pada malam merdeka ada dibuat "solat terawikh merdeka". yg x bagusnya, pada malam tu juga ramai remaja yg ditangkap jais kerana menyambut kemerdekaan dengan cara yg salah. diorang semua kena basuh cukup2. siap dibagi telekung kat pompuan yg free hair. bagus2... tabik kat jais. sudah 52 tahun kita merdeka yea.. hurm.termenung....
Friday, August 7, 2009
8hb Yg Hampeh
Nak dibuat cerita, pagi 8hb tu aku hujan renyai2 dan ke unisel dari batang berjuntai agak berlumpur. Aku redah dengan selamba. Sampai je kat pagar unisel aku rasa lega walaupun aku belum perasan yg kaki seluar aku dah penuh dengan lumpur. Skali dengan kasut hitam aku bertukar jadi kaler kelabu. Nasib baik aku sampai awal, sempat jugak la aku basuh sket sluar aku ngan kasut tu skali. Aku ingat taklimat ni dibuat tepat pd masanya; pukul 8.30 tp sampai kul 9.30 langsung tak apa2. Sehingga bos masuk opis baru dia suruh pegi lapor diri kat human resource department. Sket punye kerek brother kat HR tu. dah aku ni orang baru kat sini so aku layan je la. Aku tak kisah sgt sbb praktikal session ni bukan ye ada grad pun. Tak kira pointer. Cuma gagal lulus je.so its not a big deal. :D
Lebih malang lagi di pertengahan praktikal aku, motor lak buat hal. Terpaksa overhaul. Memang dah tenat gila motor aku tu. Yg buat aku susah hati bila bil yg aku dapat mencecah ke angka 900. Dah mcm repair bus aku tgk bil tu. Entah2 cina tu kelentong aku. Motor aku tu makan masa 3 hari jugak la untuk disiapkan. Patah kaki aku dibuatnya. Kalau diikutkan hati nak je aku jual motor tu, tp rasa sayang la pula. Dari mula sem 2 sampai lah sekarang, motor tu la aku tunggang pegi ke mana2. kenangan masa belajar rugi kalau mahu jual. Nanti leh aku letak dlm muzium buat replika.haha..tu pun bila dah sampai tahun 3010.
Thursday, August 6, 2009
aduyai...
sekarang musim H1N1. jadi sesape yg makan babi tu beringat la sket ok.nnti x pasal2 korang kena JE,H1N1 atau pun sawan babi.hahaha..
Thursday, June 18, 2009
Stadium Mohamad ke-4 Kembali Meriah
1 malaysia tahu fans kelantan ni fanatik...
1 malaysia tahu fans kelantan ni ganaz...
1 malaysia tahu yg FAM salah buat keputusan...
tapi sekarang, 1 malaysia tahu stadium mohamaad ke-4 sudah kembali beraksi...Yayy!
untuk perlawanan pertama pada 16hb Jun, pasukan kelantan telah dibebaskan dari hukuman larangan bermain di tempat sendiri, menjadikan pasukan perak my team sebagai mangsa. memang pasukan kelantan tak kasi chance. 3 gol tanpa bolos, 2 gol dijaringkan oleh indra memang meletop.. 1st gol keeper kena trick.haha.. 2nd gol indra heading.. last gol dari free kick. memang cantik ketiga-tiga gol yg dijaringkan. kalau korang nak tahu, stadium kelantan hampir penuh walaupun pasukan lawan bukan dari team handalan. fans kelantan sentiasa memenuhi seat batu-bata di stadium.hehe.. hanya di pentas utama yg ada seat plastik. mungkin fans kelantan gian sangat kot nak tgk team kesayangan diorg bermain di tempat sendiri. itu yg diorg datang beramai-ramai sehinggakan tiket pun sold out. parking lot pun penuh smpi org pegi park kat carpak hospital perdana.haha.. nasib baik la aku naik kapcai. senang mau selit. apa-apa pun aku gembira pasukan kelantan dapat bermain balik di stadium keramat tu. stadium yg lebih selamat dari stadium sultan mizan.haha... long live the red worriors!!!
p/s: gambar diambil menggunakan camera sony ericcson w810i
Saturday, June 6, 2009
A Good Place for Riadah
Dalam masa cuti semester ni, aku selalu isi masa lapang dengan menda yg berfaedah. Kadang2 menda yg x da pekdah pun aku buat jugak. Tapi tiap2 pagi lepas subuh aku selalu pegi ke Taman Perbandaran Tengku Anis dekat area Tanjung Mas. Dulu tempat tu orang panggil taman uda murni. Mungkin dah tukar la kot. Tempat ni bagus utk family beriadah. Macam2 orang buat kat sini. Tp semuanya yg menyihatkan la. Bkn buat maksiat tau.haha.. agak luas la jugak tempat ni. Cuma Nampak kecik sebab crowded dgn pokok dan fasiliti lain. Mostly orang datang kat sini utk berjoging. Track jogging boleh tahan juga jauhnya. Mungkin sebab bengkang-bengkok kot. Tp ada juga yg dekat. Kalau x silap track yg paling luar jaraknya 1.4KM. aku jogging 3 round pun dah cukup. Save tenaga utk main bola sebelah petang pula.hehe.. selain orang jogging, diorang berjalan kaki.haha..selain tu, ada jenis senaman yg aku baru tahu dan kebanyakan warga emas yg buat. senaman yg dipanggil “Lymph Node Detox Exercise”. Ni jenis senaman yg leh combine dgn yoga dan mgkn benefitnya sama mcm yoga kot. Aku pun x pasti…
-lymph node detox exercise-
-jogging-Selain dari tu ada juga yg pilih utk beraerobik. Boleh tahan jugak. Aku penah try join tp x leh catch-up sgt. Sbb laju gila instructor tu buat.haha. padahal aku yg x reti. :P leh dikatakan tiap2 pagi ada org conduct senaman aerobik. Kebanyakan yg join adalah dr golongan perempuan. Mgkn perempuan suka yg jenis mcm menari ni sket kot..he3. ada juga yg bermain badminton, bola sepak, sepak takraw dan datang hanya utk cuci mata & menghirup udara yg segar. Ahaks…
-aerobik-
Apa yg istimewa tempat ni pada mata pandangan aku adalah semua kaum boleh mix dan beriadah sama2. Bukan main mesra lagi aku tgk. Muka yg ikhlas dan selalu melemparkan senyuman, tidak kira melayu cina india. Boleh menyapa, bergurau dan kadang2 terdengar hilai tawa. Suatu menda yg bagus bagi aku yg x da kat tempat org lain. Masa aku berada di tempat lain, semuanya plastik dan pentingkan diri sendiri. Melayu cina india buat hal masing2 dan x pedulikan org lain. Sampaikan jiran sebelah rumah pun x tahu sape. Tp kat sini berbeza. Harmoni sangat. Sejuk mata memandang. Tu sebabnya aku selalu pegi sane tiap2 pagi. :D kalau x percaya leh ikut aku pegi, ok. Yg istimewa kat sini juga ada dibina replika masjid2 yg terkenal seperti masjid jamek N9, dan masjid Sultan Mizan. Selain itu juga, tempat ini dilengkapi dengan taman tema air utk sesape yg mahu beriadah dlm air. Yg x best ye tmpt tu hanya dibuka utk kanak2. Orang tua main air kat rumah je ok.hehe.. Mini Zoo pun ada taw. sesape yg berada di Kelantan especially di kota bharu, boleh la bawak family beriadah di sana. Higly recommended! :D