Sihat sebelum sakit,
Lapang sebelum Sibuk,
Kaya sebelum Miskin,
Muda sebelum Tua. "
"kalau blog aku ni seekeor haiwan belaan, nescaya dah lama mati kebulur..
kalau blog aku ni seorang awek, nescaya dah lama dia merajok minta putus..
kalau blog aku ni sekuntum bunga, nescaya dah lama mati kelayuan.."
Sekarang ni memang semua orang tengah sibuk.. bukan setakat jalan raya je sibuk dengan kereta, lori & bas yang sedang menuju ke kampung halaman masing-masing.. sediki traffic update dari kakak aku yang baru sampai subuh tadi, “jalan jem gile..gile pun tak jem macam tu”.. keluh-kesah kakak aku yang mungkin letih sangat walau bukan dia yang bawak kereta..
Aku nak bercerita pasal kelebihan berkaki panjang di kala menunggu countdown untuk beraya.. orang berkaki panjang ni memang selalu boleh diharap dan banyak kegunaannya lebih-lebih lagi tengah buat persiapan raya.. puan emak selalu ambik kesempatan.haha..
1) Kalau nak tukar langsir baru, memang tak ada orang lain yang boleh challenge..
2) Bab buang sawang lelabah, cepat je setel.. tak perlu terjengkit-jengkit..
3) Bila nak ambik Tupperware atas kabinet nak buat isi kuih raya, memang tak suruh orang lain dah.. mesti aku yang kena..
4)Nak mengecat rumah pun aku jugak yang kena.. boleh cat sampai ke ceiling rumah..
5) Masa nak gantung lampu lip lap lip lap, sah-sah aku yang kena gantung..
6) pot pet pot pet..
p/s: kekadang tak best jugak jadi tinggi sebab selalu kena buat kerja lebih..haha. gila pemalas aku ni.
Semalam seharian aku keluar.. dari pagi bawak ke maghrib baru balik.. dengan mood buat-buat lupa akan saman sehari dua lepas, aku keluar jugak ke kawasan bebas cukai nak shopping sebarang dua.. duit untuk bayar saman, nanti-nanti lah aku pikirkan.. sekarang fokus kat kedai mana aku nak habiskan duit tak berapa nak banyak ni..
On the way nak ke sempadan, aku follow seekor kereta kancil berwarna putih.. tetiba driver tu campak air kotak soya keluar dari tingkap kereta.. uiks, kejadahnya perlakuan sebegini rupa di siang macam ni.. dia buang sampah merata dah satu hal, dia ni tak puasa ke? Malas aku nak pikir..
Dipendekkan cerita, sesudah aku and the geng membeli kitorang terus belah.. seperti biasa, bila pergi sempadan kena la lalu depan pos kastam dan Unit Pencegahan Peneyeludupan (UPP).. masa lalu depan kastam, tak da pulak nak kena tahan.. aku mula perasaan yang muka aku ni baik.. bukan muka penjenayah.haha..
Masalah aku yang pertama bila sampai dekat pos UPP.. boleh pulak askariah tu nak tahan kereta aku sebab nak buat pemeriksaan, takut-takut aku seludup beras ke mercun ke bom ke awek siam ke atau hape-hape menda yang boleh diseludup..
nak dijadikan cerita boleh pulak aku terlupa nak bawak ic & lesen memandu.. tertinggal kat rumah.. kelmarin punya pasal la ni.. salah besar kalau memandu tak bawak menda tu semua.. nak pulak aku kat sempadan.. confirm pergi balai beb.. silap-silap boleh dapat pakej bermalam dalam lokap lagi..
Muka aku dah pucat macam orang nak mati.. hari menyebelahi aku.. Nasib baik la salah sorang dari kawan aku tu ayah dia ‘orang besar’ UPP kat sempadan.. kawtim punya kawtim, koperal tu kasi lepas.. tanpa merasuah koperal aziz, kitorang cepat-cepat berambus dari pos tu.. takut-takut dia berubah hati.. Alhamdulillah..
Lepas hantar kawan aku semua balik rumah, aku terus pecut balik..hari dah nak senja.. jangan tengah jalan nanti ada road block polis pulak.. kalau tak nahas la aku kali ni.. aku dah trauma kot.haha..
Aku sampai rumah tepat jam 7.. trouble kedua untuk aku.. boleh pulak family aku balik berbuka puasa kat kampung tak tinggalkan kunci rumah.. aku dah rasa hampeh semacam je ni tapi aku tetap maintain cool.hehe.. ada lagi 20 minit orang nak azan maghrib.. dah la aku pakai seluar tiga suku.. takan nak pergi bukak puasa kat masjid macam ni kan.. tak pasal-pasal tok siak halau aku keluar nanti..
Nasib baik la kat ampaian ada kain pelikat cap gajah duduk kepunyaan bapak aku.. aku sebat kain tu pastu terus lincah kadok pergi kedai 7E.. aku beli air soya je buat buka puasa.. buka puasa dalam kereta aku kali ni.. dengan badan dah letih gila.. gila pun tak da letih macam ni.. aku malas nak pikir panjang.. baik aku lepak kat masjid je.. lagipun mak aku call cakap pas terawikh baru dorang gerak balik rumah..